Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Google Maps semestinya digunakan ramai untuk melihat dan merancang perjalanan. Dan untuk terus memudahkan para pengguna, kini Google memperkenalkan fungsi cuaca pada Google Maps, membolehkan para pengguna melihat cuaca semasa pada sesuatu kawasan itu dengan mudah terus melalui Google Maps.

Buat masa ini, fungsi cuaca ini disokong dikebanyakkan bandar-bandar utama diseluruh Malaysia, dan mungkin akan diperluaskan ke banyak kawasan lagi dalam masa terdekat. Pada masa yang sama, ianya juga mungkin turut sama diintegrasikan pada aplikasi mudah-alih Google Maps dan Navigation tidak lama lagi.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh ke halaman rasmi Google Maps, dan membuat carian lokasi, selain pada masa yang sama melihat cuaca di kawasan tersebut.
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ahsem!
Memang benar kata Amanz tentang kebaikan penggunaan Google Maps, ianya juga membantu ramai usahawan yang sedang membangunkan Pelan Perniagaan yang baru terutamanya melibatkan pencarian lokasi strategik untuk perniagaan stesyen minyak, pelancongan, dan industri tani. Makluman cuaca setempat amat penting dari sudut kerja-kerja berjadual atau acara dan yang berkaitan dengannya.
lagi komen berisi padat dan penerangan tambahan.
nice seyh..
google pun ada jugak yang weather punya API/weather servis kan kalau tak silap?
Satu inovasi yang bagus! Menanti penggunaan trafik untuk Lembah Klang pula.
gugel makin mengganas nampaknye… hebak! hebak!
mmg best..!!
apa pesaing kpd google map ni ek?
hebat dan terbaik. Aku masih menunggu google Navigation di Malaysia.
mcm2 ada kat google ni
google maps mmg sgt membantu pengguna yg xdak gps mcm aku..hehe
maklumat cuaca ni mmg membantu pengguna merancang perjalanan