Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah mula memperkenalkan perkhidmatan peringkas URL untuk para pengguna umum melalui goo.gl, kini Google turut sama mula menggunakan URL g.com mereka, dimana kini URL tersebut digunakan oleh Google sebagai peringkas URL untuk perkhidmatan popular mereka – Google Maps.

Bermula daripada hari ini, para pengguna boleh mendapatkan URL ringkas untuk sesuatu lokasi dengan mudah dan senang, kemudiannya berkongsi URL tersebut melalui sebarang perkhidmatan dengan mudah, dan tidak lagi perlu menggunakan URL yang panjang lebar seperti sebelum ini.
Berkemungkinan besar, pada masa yang sama, URL g.co ini juga bakal digunakan oleh Google dalam lebih banyak perkhidmatan mereka tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
terbaik..
permulaan untuk satu lagi marketing google. dulu keywords, mungkin akan datang diaorang akan jual satu huruf je untuk search enjin….bijak bijak
mmg best. barula sng
google makin maju..maraaaaaaaaaa…..
sempoi nama domain tu. hoho
smart la nma dia..sng nak ingt!!!