31Aug

Google Mula Menguji Fungsi Komuniti Dan Cadangan Pada Google+

Google

Nampaknya, ianya kini kelihatan yang mana Google telah pun mulakan ujian fungsi komuniti pada laman sosial mereka, Google+, dimana para pengguna boleh mengujinya sekarang secara kasar, namun masih tidak boleh digunakan secara menyeluruh buat masa ini, dan mungkin akan diperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.

Buat masa ini, para pengguna boleh melihat secara kasar fungsi tersebut, dimana para pengguna boleh edit halaman profail mereka, dan mengubah nama tempat belajar ataupun tempat kerja, dan Google akan memperlihatkan pelbagai cadangan, bersama-sama dengan logo khas untuknya.

Ianya tidak diketahui bagaimanakah Google mengumpulkan data tersebut, tetapi ianya kelihatan yang mana, Google telah pun menyediakan pelbagai pilihan dan cadangan nama syarikat dan institusi melalui fungsi tersebut, dan berkemungkinan mereka akan menyatukan semua pengguna yang memilih pilihan sama melalui satu halaman khas kelak.

Sama-sama kita nantikan perkembangan Google+ yang dinantikan ramai itu.


Picasa Untuk Mac Di Perkenalkan
Google Images Di Berikan Nafas Baru
Blogger Memperkenalkan Aplikasi Android
Google Memperkenalkan Butang +1 Untuk Web
Menangi Tiket UrbanScapes 2011 Dengan Mudah

2 Komen

  1. Alan pada 31 Aug 2011

    Kalau macam Facebook ada orang buat Pages,
    Google+ ni macam mane pulak ?

  2. ma aziz pada 03 Sep 2011

    kompom dpt buat pages jugak..sabo2…lagi testing pihak google+ ni..


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader