Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, pada awal tahun tempoh hari, Google telah memperlihatkan kemaskini pada hasil dan keputusan carian mereka, melalui kemaskini Panda, yang mana membuang kebanyakkan laman-laman berbentuk spam, dan memfokuskan lagi pada kandungan berkualiti. Namun ketika itu, ianya hanya menyokong kandungan berbahasa Inggeris sahaja.
Hari ini, Google mengumumkan yang mana kini kemaskini tersebut turut diperkenalkan untuk semua bahasa antarabangsa, kecuali Bahasa Cina, Jepun dan Korea. Google turut menambah yang mana kemaskini ini memberikan impak antara 6% hingga 9% kepada hasil carian yang akan diperlihatkan.
Kemaskini Panda ini diperkenalkan oleh Google untuk membuang laman-laman berbentuk spam dengan kata kunci daripada laman carian mereka, sekaligus memfokuskan kepada kandungan yang berkualiti tinggi melalui perkhidmatan mereka. Jadi, adakah anda melihat sebarang perubahan melalui carian yang dilakukan pada Google Malaysia hari ini?
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Kalau ini macam dah tak boleh buat artikel cincai mincai la.
Tak tau pulak pasal benda ni. Thanks for the info.
bagusla mcm ni..xdela mudah sangat terserempak dgn website2 berisiko tinggi..
semoga lebih ramai blogger akan menjaga kualiti dlm blog masing-masing..
baguslah dah begitu.. emm
tak sukew nih.. jeles lettew.. haha
Salah satu marketing google yg terbaik!
Kami menyokong usaha sihat ini. Tahniah!
tahniah!semoga ia akan meningkatkan kualiti dan sekuriti dalam google panda.
terbaik
ni yang makin sayang kat google
harap-harap x jatuh rangking , dah lama tak update blog