Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, hari ini Google secara rasminya menambah Games pada rangkaian sosial Google+ mereka, membolehkan para pengguna Google+ menikmati pelbagai permainan dengan mudah, sekaligus membolehkan para pengguna bersosial bersama rakan-rakan mereka dalam bentuk baru.

Google mengatakan yang mana halaman Google+ Games boleh diakses terus melalui Stream utama, dimana sebuah butang khas yang didedikasikan akan diperlihatkan padanya. Namun begitu, ianya akan diperkenalkan secara berperingkat buat masa ini. Cubaan kami sendiri menunjukkan yang mana kami belum dapat menggunakannya buat masa ini.
Sebagai pelancaran, Google+ Games menyediakan beberapa permainan untuk dimainkan, termasuk beberapa permainan popular seperti Angry Birds. Pada masa yang sama, Google juga turut membuka peluang kepada para pembangun untuk membangunkan permainan untuk Google+ Games dengan mudah.
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
baru ler best nak lepak lama2 kat G+
I like, oh no, I g+
Bru boleh layan g+ lama2 lepas ni
hari ni fb pun keluar cerita pasal game diorang jugak….persaingan yg best nih..
+1, tak lama lagi available ut ksemua laa
baru ler syiok sket nak lepak g+.. kalo tak giler busan..
social network dan gaming tak dapat di pisahkan..permintaan tinggi dan boleh buat $$$
mesti lepas ni ramai G+ hater terus terjah nak join G+.
xboleh masuk pun url tu.
barulah best layan kat google plus.ni tak.boring siot.nak try gak main game kat gplus ni.
mesti try ni
best best… semakin mantap… Google+
nice one!
terbaek la..
wow…more interesting….good job google+
tak sabar nak tggu available kat msia.. =]
game apa lagi nie haha… games dlm FB pun , aku dah tak main daaa…
terbaek