Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sama seperti pada Twitter, kini Google+ turut sama memperkenalkan akaun yang disahkan, sekaligus memudahkan para pengguna untuk mengikuti personaliti popular seperti artis, ahli politik, selebriti dan lain-lain dengan mudah dan tanpa ragu-ragu mengenai kesahihan akaun Google+ mereka.

Bermula hari ini, Google+ memperlihatkan sebuah tanda khas bersebelahan dengan nama akaun mereka, dan memperlihatkan perkataan Verified bersebelahan dengannya. Dengan perkara ini, sekaligus ianya memperlihatkan yang mana Google+ mungkin hanya akan memperkenalkan fungsi halaman untuk jenama dan organisasi sahaja, tanpa sebarang halaman khas untuk selebriti seperti pada Facebook.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
makin maju google +
ok la untuk mengelak kekeliruan dengan akaun fake
betul betul betul!
*Tepuk* Tepuk*. Dapat dapat mengurangkan si penyamar.
fungsi ni bagus, pasni xde la penipu yang mengaku jadi arttis. he
lps ni hanya ada satu je la akaun selebret terkenal Dr Rozmey Justmate5. aisehman…
amanz juga celebrity, maka gerakan dari google+ ini amat menguntungkan amanz
Facebook bila lagi ?