17Aug

Google Mengemaskini Fungsi Google Sitelinks – Memperlihatkan Sehingga 12 Pautan

Google

Mungkin ramai yang telah perasan akan perubahan pada Google Sitelinks yang baru, dan kini, pada hari ini, Google secara rasminya mengumumkan mengenai perkara tersebut. Melalui rekabentuk baru Google Sitelinks, ianya memudahkan para pengguna untuk membaca, dan klik pada pautan pantas yang mereka inginkan.

Sama seperti pada carian biasa, kini Google Sitelinks dipecahkan kepada dua bahagian, yang mana setiap satu pautan memperlihatkan teks penerangan ianya tersendiri. Selain daripada itu, pautan yang diperlihatkan turut dipertingkatkan daripada 8 ke 12 pautan.

Google mengatakan yang mana rekabentuk Sitelinks yang baru ini akan diperkenalkan kepada semua dalam masa beberapa hari lagi, dan akan menyokong pelbagai pelayar web terkini, termasuk Chrome, Firefox dan Internet Explorer 7 dan ke atas.


MGM Memuat-Naik Filem Penuh Ke Laman YouTube
Android Versi Akan Datang Di Panggil "Ice Cream"
Pilih Bentuk Tulisan Yang Digemari Pada Blogger
Google Memperkenalkan Butang Perkongsian Google Plus Pada Reader
Google Chrome 16 Membawakan Sokongan Multiple Profile

18 Komen

  1. Piratz pada 17 Aug 2011

    53? itu pun nak jadi sitelink?

  2. hasbul aqill pada 17 Aug 2011

    wah, ada juga sitelink bila search hasbul aqill , majalah niaga. seronoknya! :D

  3. syahrilhafiz pada 17 Aug 2011

    fuyohh! dah agak dah, aku ingat ubuntu ni error tadi..hehe

  4. Anarm pada 17 Aug 2011

    kalau search kat Google.com.my, blog aku ada 12 sitelinks.. kalau search kat Google.com, ada 6 je sitelinks blog aku.. huhuu..

    • Pisyek pada 17 Aug 2011

      aku punya, google.com.my ada 12.

      kalau google.com ada 10. weee~~ :D

  5. Ahmad Fikrizaman pada 17 Aug 2011

    fikri.my pun tetiba ja ada sitelink.. dulu tak pernah ada pun..

    • Pisyek pada 17 Aug 2011

      untung la dah ada. hehe. aku punya pun tetibe dah jadi macam smart je. :D

  6. ekspresiruang pada 17 Aug 2011

    hahah aku pon dapat sitelink buat pertama kalinya dalam sejarah. kalau google.com, ada 10 sitelink yg dpt. alhamdulillah

  7. topo pada 17 Aug 2011

    fuyoooo *kagum* makin comel la sitelink blog aku nanti hahaha

  8. Fikri Adhiey pada 17 Aug 2011

    erks, blog aku pon ada sitelinks……haha

    aku rasa la kan, dorang masukkan data popular posts ke sitelinks ni…..dimana dulu banyak pageviews baru ada sitelinks….tpi skrg ni google bagi mudah dpt sitelinks…huhu

  9. Wan pada 17 Aug 2011

    best kalau dapat sitelink ni

  10. muhammad fakhruddin pada 17 Aug 2011

    Eh baru perasan blog saya pun dapat sitelink.

  11. Azah pada 17 Aug 2011

    Google boleh silap bagi sitelink x? Tetiba je ai macam dapat ni. Kot2 la google tersilap bagi

  12. Omar pada 18 Aug 2011

    Cis..aku punya sitelink tetiba ada Part 9, member aku ngat aku tulis blog pasal kena extend sem sampai Part 9..cisdel sungguh…

    • Omar pada 18 Aug 2011

      sekali navigation bar rupanya…Part 1…Part 13..

  13. Rina As pada 05 Oct 2011

    Blog saya sitelinknya masih 6. Hebat ya amanz.my punyai 12 sitelink google
    Jangan lupa dishare tipsnya ya..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader