22Aug

Google, Yahoo! Dan Amazon Membida Untuk Pembelian Hulu

Web 2.0

Selain daripada pengambil-alihan Motorola Mobility bernilai $12.5 billion yang masih menunggu pengesahan, kini Google turut sama diura-ura akan yang mana gergasi internet itu kini masih mensasarkan untuk pengambil-alihan laman video Hulu. Selain Google, Amazon dan Yahoo! juga merupakan antara yang berminat untuk mengambil-alih Hulu.

Ianya diperkatakan yang mana nilai bidaan untuk pengambil-alihan Hulu sedang berlaku antara $500 juta sehingga $2 billion. Walaubagaimanapun, memandangkan ianya masih lagi dalam proses, angka akhirnya kelak mungkin jauh berbeza.

Dengan pengambil-alihan Hulu, Google mungkin dapat mengintegrasikannya pada pelbagai produk, termasuk pada Android Movies, dan juga YouTube. Pada masa yang sama, Yahoo! turut sama boleh menggunakan Hulu dalam strategi media baru mereka. Amazon mungkin pada masa yang sama, boleh menggunakannya untuk memperluaskan tawaran perkhidmatan mereka.

Berkemungkinan, sekiranya Yahoo! atau Google mengambil-alih perkhidmatan tersebut, kita di Malaysia mungkin dapat menggunakan Hulu dalam masa terdekat. Namun begitu, segalanya masih bergantung pada pemilik akhirnya nanti. Sama-sama kita nantikannya.


Melayu Merupakan Bahasa Ke-4 Terbesar Di Twitter
Akan Datang : Aplikasi Google Voice Untuk Desktop
Antaramuka Pembangunan Awal Ice Cream Sandwich Di Perlihatkan
LivingSocial Menjana Lebih Wang Berbanding Groupon Di Malaysia
Coopown Menawarkan iPad 2 Dan Galaxy Tab Sebagai Hadiah Pra-Pelancaran

14 Komen

  1. cakapniaga pada 22 Aug 2011

    Memang bertuah pembida yang menang nanti kerana HULU juga berlandaskan iTunes App Store.

  2. Famili Ceria pada 23 Aug 2011

    hmmm…tak payah nak suruh Google beli pon aku dah boleh tengok hulu…takder la best sangat pon movie2 dia…

  3. Wan pada 23 Aug 2011

    camna nak tgk hulu.takboleh bypass ka?

    • Janjang pada 23 Aug 2011

      kena pakai IP US kalau nak tengok sekarang ni. cari la proxy yang guna IP US.

  4. yapompiow pada 23 Aug 2011

    confirm dpt kat Google!

  5. jimmy pada 23 Aug 2011

    lebih kurang tonton jek~

  6. EddyGeek pada 23 Aug 2011

    aku rasa 1.7 billion last bid.

  7. IzhamHasan pada 23 Aug 2011

    semua google nak rembat nih huhu

  8. Twit N View pada 23 Aug 2011

    hulu pun hulu ler…selamat main tarik2 rambut berebut yer…

  9. safwanhussin pada 23 Aug 2011

    Bagi dekat Google jelah. Yahoo bukannya pandai memanfaatkn apa yang dia beli..

  10. Azim Norazmi pada 23 Aug 2011

    Google tak nak beli tonton.com.my ke? haha

  11. mr.F pada 23 Aug 2011

    ingatkan tajuk dia ” Google, Yahoo! Dan Amanz Membida Untuk Pembelian Hulu”

    hehe :D

  12. budakudm pada 23 Aug 2011

    sapa nk tgk hulu?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader