17Aug

GroupMe 3.0 Kini Turut Sama Menyokong Pengguna Dari Malaysia

Perisian

Mungkin ramai yang sudah sedia kenali akan aplikasi permesejan GroupMe. Kini, melalui kemaskini yang diperlihatkan pada awal bulan ini, aplikasi permesejan tersebut turut sama menyokong para pengguna dari Malaysia, selain mana turut sama menyokong pelbagai platform, termasuk Windows Phone 7, iOS, BlackBerry dan juga Android.

Walaubagaimanapun, ujian pihak kami sendiri, memperlihatkan penghantaran kod melalui nombor mudah-alih yang diaplikasikan oleh GroupMe mengambil masa yang agak lama untuk diterima oleh para pengguna tempatan. Sebuah ujian ringkas memperlihatkan ianya mengambil masa sehingga 14 hari untuk diterima.

Bagi yang tidak kenali akan GroupMe, ianya membawakan pelbagai fungsi permesejan menarik, dimana para pengguna boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan lain dengan mudah dan senang, serta menggunakannya untuk perbincangan berkumpulan dengan senang.

Mereka yang berminat boleh memuat-turun aplikasi GroupMe 3.0 ini secara percuma daripada halaman rasmi mereka untuk iPhone, Android, BlackBerry dan juga Windows Phone 7, dan mula menggunakannya hari ini.


Google Chrome 8 Kini Mencapai Tahap Stabil
Chromium Mencapai Angka Versi 11
Adobe Flash Player 10.2 Untuk Android Pada 18 Mac Ini
Firefox 5 Kini Boleh Dimuat-turun Dari Pelayan FTP Mozilla
AppsMalaysia Mengeluarkan Aplikasi Ketiga Mereka - Match It Right

3 Komen

  1. EddyGeek pada 17 Aug 2011

    huh, xsangka lak ada untuk os selain android. emm 14 hari? lamanya. oh tidak., tersangat lama.

  2. paeh pada 17 Aug 2011

    banyak sangat aplikasi rupa gini sampai tak terpakai

  3. fauzifatah pada 18 Aug 2011

    wahh. ini kena cuba ni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader