17Aug

Hanya Windows 8 Versi Pembangun Akan Diperkenalkan Pada BUILD – Bukannya Beta?

Microsoft

Nampaknya, berkemungkinan kita tidak akan dapat melihat sebarang Windows 8 versi beta dalam masa terdekat ini. Kini, ianya diperkatakan yang mana pada acara BUILD pada bulan September kelak, Microsoft dijangka hanya akan memperlihatkan versi pra-pembangunan sahaja kepada umum.

Walaubagaimanapun, berkemungkinan kita akan dapat melihat Windows 8 Beta pada tahun ini sekiranya semuanya berjalan lancar. Sehingga kini, Microsoft masih lagi tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan dengan sistem operasi generasi akan datang mereka yang bakal diperkenalkan pada bulan September ini.

Awal sebelum ini, Microsoft telah pun melancarkan sebuah blog rasmi untuk Windows 8, membolehkan semua pihak mengikuti perkembangan sistem operasi tersebut dengan mudah. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan Windows 8 pada acara BUILD yang bakal diadakan September ini.


Pandang Pertama Windows 7
Skrin Pemasangan Windows 8 Mula Kelihatan
Tiada Menu Start Pada Windows 8?
Windows 8 Release Preview Disasarkan Pada Minggu Pertama Jun 2012
Lebih Paparan Microsoft Office 15 Beta Mula Kelihatan

6 Komen

  1. ali mamak pada 17 Aug 2011

    taun depan la la dorang launch beta cm2

  2. Muhammad Haziq pada 17 Aug 2011

    ala.

  3. myFirdaus pada 17 Aug 2011

    mcm awal jer klau diorg btol2 nak launch tahun ni jugak. win7 tak matang lagi.

  4. lucid pada 17 Aug 2011

    alah xbest la

  5. azam ghz pada 17 Aug 2011

    ape???~

  6. babu pada 17 Aug 2011

    Peh! trus BUILD.. brani btol..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader