Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dalam suatu perkara yang mengejutkan hari ini, HP telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan pembangunan semua peranti webOS, termasuk tablet TouchPad dan juga telefon pintar webOS. Namun begitu, ianya masih tidak diketahui berkenaan dengan masa depan sistem operasi itu sendiri.
Sebelum ini, HP pernah bercadang untuk melesenkan sistem operasi mereka kepada pihak ketiga. Namun masih belum melaksanakan perkara tersebut sehingga ke hari ini. Ianya juga masih belum dapat dipastikan samada adakah HP akan menjual platform tersebut kepada pihak ketiga ataupun bagaimana, memandangkan kos untuk menjaga infrastruktur tersebut semestinya mahal jikalau tidak digunakan oleh mereka sendiri.
Pada masa yang sama, ianya juga tidak diketahui berkenaan dengan pelanggan dan pengguna sedia ada peranti webOS, termasuk tablet HP TouchPad dan juga beberapa telefon pintar lain seperti Pre, Pre 2 dan lain-lain. Sebelum ini, HP telah mengambil-alih Palm pada April tahun lepas, pada harga lebih kurang $1.2 billion, sekaligus mendapat akses kepada peranti Palm dan juga sistem operasi webOS.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
laa…taksempat kuar byk produk dh nk bhenti…
No wonder la hp slalu hold launching pre palm. Rupenye ade plan nak stop.
LOL of the year XD
what a sad news.and bad marketing news right after launch Touchpad. webOS je kan affected. hopefully HP masih terus hidup sbb aku pakai lappy HP ni.huhu
Sad to say, kebarangkalian besar juga perkara yg serupa akan berlaku untuk pc dan laptop hp.
CEO dia ada cakap yg divisyen Personal Systems Group bakal di-spinoff kepada satu company lain, yg mana akan berlaku dalam lebih kurang setahun lebih untuk evaluation.
Actually apa yg berlaku ialah HP baru je dapat tangkap “ikan besar” dalam pasaran enterprise dengan pembelian Autonomy, so membesarkan portfolio yg sedia in that particular market. Lebih kurang macam kes IBM dah tak masuk pasaran untuk PC dan laptop, so ia spin-off kan divisyen tu dan dijual kepada Lenovo.
::facepalm::
HP bengong, dah la tahun lepas tablet dia tak berjaya (HP Slate), lepas tu nak turunkan badi kat Palm lak.
Daripada camtu baik kompeni lain cm HTC atau Apple je yg beli Palm tu (antara yg tertinggi dalam senarai pembeli prospektif sebelum ni, sebelum HP berjaya dapatkan Palm).
WebOS sangat interesting, even lebih maju dari mana2 portable OS yg ada setakat ini, cuma device je yg setakat ni agak underpowered time dilancarkan. Sampai tahap Blackberry Playbook pun tiru UI WebOS. Cuma pendedahan kat Malaysia je kurang.
Semoga HP jual je Palm tu kat kompeni yg lebih layak membangunkannya.
aku rasa baek jual je kat nokia..kesian lak aku tgk nokia mencari2 OS yg sesuai untuk product sendiri.huhu…
tp klau palm bergabung ngan RIM lg gempak kan? yela, klau tgk hp palm pun mementingkan keypad qwerty sama macam blackberry..
Nokia baru je buat kerjasama strategik ngan Microsoft, even MS dah invest berbilion dalam Nokia. even CEO baru Nokia tu dulu kepala kat Business Division kat Microsoft sebelumnya, jadi memang dah nampak sangat company infiltration dari MS. Even Nokia pun dah outsource Symbian kepada Accenture untuk elakkan conflict-of-interest, maka agak kurang relevan Nokia amek Palm.
RIM masih lagi dalam transition QNX-based OS, macam yg boleh kita tgk kat BB Playbook. In fact selain dia beli QNX, dia amek skali The Astonishing Tribe (TAT) dalam rangka memperbaharui feel BB OS. Jadi agak mustahil untuk mereka beralih ke platform lain sebab mereka pun dah tersangat bz, dalam masa yg sama masih bergelumang dgn beberapa isu baru2 ni yg menyebabkan mereka tak menang tangan.
HTC, on the other hand, agak lama gak dalam customisation OS ni sejak zaman Windows Mobile dulu2 lagi. In fact dia antara yg terawal. Kt Android pun dia buat lagi customisation. Jadi rasa2nya lebih baik HTC berdiri dgn OS dia sendiri, memandangkan dia pun dah lama buat keje2 customise dan mesti dah bosan terpaksa guna OS yg orang lain jugak pakai, walaupun terpaksa bersusah payah buat customisation.
Lagipun HTC antara nama yg naik time pembidaan Palm dulu, yg mana Jon Rubinstein rasakan HP dah selamatkan mereka sebab mereka kompeni amerika (yg akhirnya backfire depa balik), dan time tu juga taknak terikat dengan company len cm google dan apple (taknak google sebab nnt banyak terikat, taknak apple sebab tu dia punya ex-employer).
Dan HTC pun sekarang masih lagi tengah hangat dalam mode aquisition.
kesian kat Jon Rubinstein, ingat2 blh membawa produk smartphone n tablet nyer. x tau lg ape nasib webos.