20Aug

Adakah HP TouchPad Akan Dilancarkan Di Malaysia?

Gajet

Sebelum ini, HP Malaysia telah mensasarkan untuk melancarkan TouchPad di Malaysia dalam masa beberapa bulan lagi, namun kini ianya tidak pasti lagi samada adakah mereka akan melancarkan tablet webOS mereka untuk pasaran Malaysia, ataupun sebaliknya, berikutan dengan pengumuman mereka untuk menghentikan pengeluaran peranti webOS lagi selepas ini.

Di rantau Asia Tenggara, HP baru-baru ini telah melancarkannya di Singapura pada 12 Ogos yang lalu, pada harga bermula S$699. Melalui TouchPad, HP membawakan skrin seluas 9.7-inci, cip pemprosesan 1.2GHz, kamera hadapan 1.3-megapixel, memori 1GB RAM, dan menggunakan platform webOS yang kelihatan amat menarik sekali.

Kini, selepas pengumuman HP untuk menamatkan pengeluaran tablet dan telefon pintar webOS, mereka telah memulakan jualan penghabisan stok untuk tablet mereka, dimana diluar negara, ianya dijual pada harga serendah $99. Ianya pada masa yang sama, seperti memperlihatkan yang mana HP tidak akan melancarkan tablet webOS mereka itu dipasaran-pasaran lain walaupun ianya diminati ramai di sekitar Asia.

Pada masa yang sama, ianya turut diperkatakan yang mana berkemungkinan HP akan menjual platform webOS ataupun melesenkannya kepada pihak ketiga tidak lama lagi, memperlihatkan yang mana platform webOS tidak akan ditamatkan dengan pantas. Ianya juga kelihatan yang mana berkemungkinan HP TouchPad seperti tidak akan dilancarkan di Malaysia.

Jadi, apa kata anda?


Chrome OS Akan Di Lancarkan Pertengahan Tahun 2011
Maxis Bakal Membawa Masuk Nexus S Ke Malaysia
RIM Melancarkan Versi Beta Untuk BlackBerry Protect
HTC Mengadakan Sebuah Acara Khas Pada 20 September
DiGi Mula Menawarkan BlackBerry Torch 9810 Pada Harga Serendah RM1249

7 Komen

  1. ali mamak pada 20 Aug 2011

    hmmmm. kenape malaysia selalu dapat lambat

  2. syamilshahimi pada 20 Aug 2011

    $99? Kesian HP. terdesak nak habeskan stock

  3. sepan pada 20 Aug 2011

    hp touchpad ni aku rase sesuai buat alas meja je

  4. jipang_menjerit pada 21 Aug 2011

    satu platform yang baik untuk developer, tapi dipandang sepi

  5. aku pada 21 Aug 2011

    $99 tu kat US je ka?

  6. DikMie pada 21 Aug 2011

    ala… dulu bayang2 je kot2 dapat staff price.. skrg angan2 je ler

  7. alyrds pada 23 Aug 2011

    RM300! biaq betui…… klu dpt satu ni tros pasang android… tp buleh ka?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader