23Aug

HTC Bakal Memperlihatkan Dua Peranti Mango Pada 1 September?

Gajet

Sebelum ini pernah dimaklumkan yang mana beberapa peranti Windows Phone Mango bakal diperlihatkan pada 1 September kelak. Kini ianya mula disahkan dengan beberapa laporan awal mengatakan yang mana HTC bakal memperlihatkan beberapa peranti Mango mereka pada tarikh tersebut.

Antara dua peranti Windows Phone Mango yang bakal diperlihatkan oleh HTC adalah HTC Eternity dan juga HTC Omega. Melalui HTC Eternity ianya membawakan skrin seluas 3.7-inci, manakala HTC Omega pula membawakan skrin seluas 4.5-inci. Spesifikasi lain untuknya masih tidak diketahui buat masa ini.

Tarikh pelancaran rasminya juga tidak diketahui buat masa ini. Tetapi, dengan HTC memperlihatkan peranti Mango mereka pada 1 September, berkemungkinan jualan dan pelancarannya tidak akan jauh daripada tarikh tersebut.

Mungkin juga kita akan dapat melihat beberapa pengeluar peranti lain memperkenalkan peranti mereka pada tarikh tersebut, dan salah satunya adalah Samsung yang sudah pun mulakan promosi mereka untuk acara tersebut.


Peguam Samsung Ingin Melihat iPhone 5 dan iPad 3
Perbandingan HTML5 Pada Mango Dengan Platform Mudah-Alih Lain Diperlihatkan
Paparan Awal BlackBerry 10 Mula Kelihatan Dengan Sokongan Widget
Komputer Riba Dan Desktop Dengan Paparan Retina Menjelang 2013?
Windows Phone 7.5 Diperlukan Untuk Mengakses Marketplace Selepas Ini

9 Komen

  1. Famili Ceria pada 23 Aug 2011

    pergh…HTC pon makin hebat dah la nie..

  2. zuan pada 23 Aug 2011

    htc brsaing dgn top2 :D

  3. chidori pada 23 Aug 2011

    tak penah try lagi Mango secara live.. member2 takdek yg pakai lagi.. best ke hah?

  4. Fikri pada 23 Aug 2011

    !@#!

  5. zerous pada 23 Aug 2011

    mango=mangga=mempelam=pauh hahaha…

  6. kss pada 23 Aug 2011

    apa beza mango dengan android?

  7. Hasra pada 23 Aug 2011

    Mango = Memang Anggun N Ganas Ohhhh…

  8. helmy pada 23 Aug 2011

    mango update untuk windows phone 7…
    kire lebey power la dr windows phone 7..lebih laju dr iphone 4… :D
    ak pakai htc 7 mozart pon da pueh ati da…mntak la 7 mozart ak bole upgrade ke mango..hehe

  9. aizul pada 23 Aug 2011

    nak gakkkk


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader