Cari @ Amanz

Seperti mana yang kami katakan sebelum ini, kini pihak Cubic Platform sendiri telah memulakan pra-daftar untuk HTC Evo 3D untuk para pengguna Malaysia, dimana harga jualannya di Malaysia adalah RM2199, dan sebagai hadiah awal untuk pembeli awal, mereka menawarkan aksesori tambahan bernilai RM269.

Sehingga kini, masih tiada sebarang berita daripada penyedia telekomunikasi berkaitan dengan HTC Evo 3D ini. Namun begitu, untuk pengetahuan ramai, Cubic Platform merupakan salah satu kedai konsep yang disokong oleh HTC Malaysia dan juga oleh DiGi. Tawaran untuk pra-daftar ini hanya adalah daripada 15 hingga 21 Ogos ini sahaja.

Melalui HTC Evo 3D, ianya menggunakan Android 2.3 Gingerbread, cip pemprosesan 1.2GHz, kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 1.3-megapixel. Menariknya adalah dimana ianya turut didatangkan dengan skrin sentuh 3D LCD seluas 4.3-inci, membolehkan anda menikmati grafik 3D dengan mudah tanpa sebarang aksesori tambahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd