Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
HTC terus menambah syarikat dibawah portfolionya, dimana hari ini mereka telah mengambil-alih sebanyak lebih kurang 51% pegangan pada Beat Electronics pada harga lebih $300 juta. Ini sekaligus memberikan tenaga kepakaran dalam audio kepada HTC, dan ianya akan diperkenalkan dalam peranti HTC akan datang tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, Beats Electronics akan terus beroperasi secara berasingan, dan mungkin selepas ini, kita akan melihat pelbagai produk HTC mula mengintegrasikan teknologi audio yang lebih menarik, membolehkan rakaman dan memainkan lagu dan audio menjadi lebih menarik pada peranti HTC.
Peranti pertama dengan teknologi Beats pada HTC dijangka akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
nt jd cm sory ericson plak pasni..
hohoho..! lepas ni sound mmng terbaik la htc!
dari HTC ni beli 51% pegangan pada Beat Electronics, baik dia beli kilang battery mcm mana nak buat phone HTC tahan lama, apa gunanya beli mcm2 apps macam2 battery tahan 4 jam ja…buat la battery yg bole tahan 24 jam..kompom aku rasa org yg tak suka HTC pun akan beli coz batterynya tahan…sama juga dgn iPhone, nasib baiklah iPhone 4 punya battery bole la tahan lama juga compare dgn iphone yg dari previous model.
terbaikla…
dahlama minat dengan HTC
tp terbeli iphone plak
kih3