23Aug

Integrasi Windows Phone Dan Xbox Melalui Penggunaan Kod QR Diperlihatkan

Microsoft

Mungkin semua yang mengikuti perkembangan Windows Phone dan juga Xbox ketahui yang mana Microsoft bercadang untuk mengintegrasikan kedua-dua platform ini. Kini, Microsoft sendiri telah memperlihatkan integrasi kedua-dua platform ini dengan penggunaan Kinect melalui aplikasi Kinectimals.

Melalui Kinectimals, ianya membolehkan pengintegrasian permainan antara Windows Phone dan juga Xbox 360 dengan hanya menggunakan kod QR. Ianya mungkin salah satu cara yang bakal diperkenalkan oleh Microsoft untuk mengintegrasikan kedua-dua platform tersebut, dan mungkin lebih banyak cara akan diperkenalkan dalam masa akan datang.

Buat masa ini, Microsoft masih lagi belum melancarkan Kinectimals untuk Windows Phone. Namun, berkemungkinan mereka akan melancarkan aplikasi tersebut tidak lama lagi, dan semestinya amat dinantikan oleh para pengguna Xbox dan juga Windows Phone.


Windows Live SkyDrive Di Naik Taraf
Maxis Mulakan Pendaftaran Minat Untuk HTC HD7
Sokongan Windows XP Akan Dihentikan Dalam 1000 Hari Lagi
Nokia 703 - Peranti Pertama Windows Phone Dari Nokia?
Microsoft Malaysia Menawarkan Kelas Pembangunan Aplikasi Metro

3 Komen

  1. zerous pada 23 Aug 2011

    huhuhu… x penah try x box…just layan ps3 jer… yargh!

  2. Beburung pada 23 Aug 2011

    dear MS,

    sila add Malaysia dalam XBOX LIVE.

  3. babu pada 23 Aug 2011

    Peh..!! best gile…!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader