07Aug

Apple iOS 5 Beta 5 Dilepaskan Kepada Para Pembangun

Apple

Hari ini, Apple telah pun mengeluarkan kemaskini pembangunan untuk iOS 5, iaitu iOS 5 Beta 5 kepada para pembangun, bersama-sama dengan kemaskini beberapa aplikasi lain, termasuk iTunes 10.5 Beta 5. Buat masa ini, tiada sebarang perubahan drastik yang kelihatan padanya, selain daripada beberapa peningkatan yang dilakukan.

Dan seperti beta sebelum ini, iOS 5 Beta 5 ini turut sama menyokong kemaskini OTA, dimana para pengguna tidak lagi diperlukan untuk mengemaskini perisian mereka secara tradisional dengan menghubungkannya pada iTunes, sebaliknya boleh terus mengemaskininya dengan mudah dan senang.

Sehingga kini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah iOS 5 versi akhir akan dilancarkan. Namun, mengikut jangkaan ramai, ianya mungkin sekitar pada bulan September kelak. Sama-sama kita nantikannya.

Tips awal daripada Epireve


CiMB Bank Memperkenalkan Aplikasi iPhone
iPhone 4 Putih Seawal 27 Februari?
Apple iCloud Menggunakan Microsoft Azure Dan Amazon AWS
Apple Bakal Membawakan Sokongan Thunderbolt Pada Peranti iOS?
(Video) Didalam Kilang Pembangunan iPad - Foxconn China

7 Komen

  1. Mashi pada 07 Aug 2011

    dah boleh download ke?

  2. Saiful pada 07 Aug 2011

    nice, tp utk developer je lah kn?? huhu

  3. Ikhwan pada 07 Aug 2011

    Ohsemmm walaupun aku tak ada iphone T.T

  4. Remeinic pada 07 Aug 2011

    aku dah dload OTA pkl 5 pagi tadi, lupa nak backup, nasib baik xada paper jadi.

  5. Ismail pada 07 Aug 2011

    skali je ari tu masuk iOS 5
    kat malaysia still x leh pakai lagi ;P
    sib baik boleh downgrade…da2..x mo upgrade ;D

  6. BulanTerkenal pada 07 Aug 2011

    yang stable pnye kuar bulan 9 ni..

  7. wazy pada 07 Aug 2011

    kalau ada iphone boleh la cuba download


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader