Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah diperkenalkan dan ditarik kembali, kini Skype secara rasminya melancarkan aplikasi Skype yang dioptimasikan untuk iPad, membolehkan para pengguna iPad menikmati khidmat panggilan video Skype pada rangkaian 3G dan juga WiFi dengan mudah dan pantas.
Skype untuk iPad juga menyokong kedua-dua kamera yang didatangkan bersama pada iPad 2, membolehkan para pengguna berinteraksi dengan mudah serta menunjukkan gambar dan persekitaran terus kepada rakan-rakan mereka. Ianya turut sama menyokong perkhidmatan permesejan segera ketika anda sedang membuat panggilan video pada iPad.
Para pengguna iPad boleh memuat-turun aplikasi Skype untuk iPad secara percuma terus melalui AppStore, dan mula menggunakannya hari ini.
3 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Kejap letak, tarik, letak. Huhu.
Kena gtau member suruh test lu ni.
dah test..awesome..
Bila la nak support WinMo balik ni. Kata dah acquire. Takkan tak nak support barang sendiri kot. Aku convert pergi Android dulu pun sebab nak Skype ler..