Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan tarikh pelancaran iPhone generasi baru yang masih menjadi teka-teki, kini ianya kedengaran yang mana Apple bakal mulakan jualan iPhone baru mereka itu bermula daripada 7 Oktober kelak. Ianya diperkatakan, Apple sedang berkira-kira untuk melancarkan antara 7 Oktober atau 14 Oktober, tetapi berkemungkinan besar pada 7 Oktober.

Selain daripada itu, ianya turut diperkatakan yang mana Apple mungkin akan mulakan pra-daftar untuk peranti yang dinantikan ramai itu seawal penghujung September ini. Sekiranya ianya benar, maka berkemungkinan Apple akan memperkenalkannya seawal bulan September ini, dan bukannya seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, iaitu sekitar Oktober.
Namun begitu, perkara ini masih lagi pada peringkat ura-ura, dan Apple seperti biasa masih lagi senyap tanpa sebarang komen. Melalui iPhone 5 kelak, Apple dijangka akan memperkenalkan cip pemprosesan baru, iaitu A5, dengan turut membawakan rekabentuk peranti yang baru, serta sokongan kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
berapa juta pulak ni..haish berangan je la aku nk ade iphone..
8MP jer??
Nokia dah 13MP kot?
produk apple memang aku x mampu la..
sabar…. sabar xlame jew lagi akan ku genggam ini IP5 yeahhhh
lama btul nk tunggu model baru
berita baik buat semua applefans
Iphone 4 aku baru berusia 6 bulan =_=!
bleh arr kumpul duet siap2…
iphone much better!
Aku tunggu yang 6 punya la. Selagi 3gs disupport apple selagi tu aku trus kekal ngan 3gs.
P/s : Huhuhu dah takda uit dah nak beli, 3gs pun parents support sebab birthday
boleh beli nie ..!!
hehe
Salam Amanz,
nak tanya,
dia launch iPhone 5 anti;iPad3 kuar skali tak?
memang nak beli iPhone 5 tapi kalau iPad3 kuar,iPad3 jadi first choice
Tak. Pelancaran iPad generasi baru ditangguhkan sementara.
Raya ni kumpul duit siap2..