Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Berbeza dengan ura-ura sebelum ini yang mengatakan iPhone generasi baru akan membawakan skrin seluas 4.2-inci, kini laporan terbaru melaporkan yang mana iPhone generasi baru kelak akan membawakan panel skrin lebih kecil daripada 4-inci bersama-samanya.
Menurut laporan tersebut, ianya dikatakan yang mana iPhone 5 kelak bakal membawakan skrin antara 3.5-inci hingga 3.7-inci bersamanya kelak. Selain daripada itu, spesifikasi lain berkaitan dengannya masih lagi tidak diketahui buat masa ini.
Selain daripada saiz skrin, sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana iPhone generasi baru itu kelak turut akan membawakan cip pemprosesan A5 serta kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya. Apple juga diperkatakan akan memperkenalkan iPhone 4 dengan storan 8GB dalam beberapa minggu lagi.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
kamera dah ok,skrin pula kecik,dulu camera yg xseberapa
lah..makin kecik pulak screen..pelik je Apple nih..
Bagus skrin kecik. Sebab nak buat apa besar2.. Beli iPad2 atau Galaxy Tab la kalo nak besar
aku yang lambat atau memang da lama ada pautan bila hover gravatar kat amanz?
aku pun minggu lepas baru perasan bro. haha.
tgk design dulu br bley komen elok ke buruk kalau skrin kecik ni
tak kesampaian nak tgk skrin besaq
rumors yg mcm2..
kalau skrin besar maknanya lagi besar Iphone..
lagi xselesa untuk pegang tak gitu