04Aug

Apple Diperkatakan Bakal Melancarkan iTunes Replay

Google

iTunesDengan iTunes kini menawarkan pelbagai genre muzik melaluinya, kini ianya diura-ura akan yang mana Apple bakal melancarkan iTunes Replay, iaitu perkhidmatan yang akan membolehkan pengguna memuat-turun kandungan yang telah dibeli untuk beberapa kali.

Pada awal minggu ini, iTunes Store untuk AppleTV telah dikemaskini, membolehkan para pengguna untuk memuat-turun kandungan video berbentuk siaran TV untuk beberapa kali, dan Apple turut dijangka akan menambah sokongan sama untuk filem tidak lama lagi. Ianya diperkatakan yang melalui iTunes Replay, Apple membenarkan sesetengah kandungan hanya dimuat-turun secara maksimum sehingga lima kali.

Selain daripada itu, pada masa yang sama, ianya turut diperkatakan yang mana Apple mungkin akan membawakan sokongan streaming pada kandungan videonya. Ianya diperkatakan fungsi tersebut sedang diuji secara dalaman buat masa ini, dan bakal diperkenalkan kepada umum dalam masa beberapa minggu lagi.

Sebelum ini, Apple hanya memperkenalkan iTunes Match pada WWDC yang lepas, selain beberapa ura-ura memperkatakan yang mana iTunes bakal diberikan nafas baru melalui versi 11 mereka, yang bakal membawakan pelbagai perubahan besar, termasuk dari segi antaramukanya.


Teknologi Sepanjang Tahun 2010
iTunes 10.2 Sedia Untuk Dimuat-Turun
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 11 Ogos
Google Music Manager Kini Membolehkan Anda Memuat-Turun Lagu Dengan Mudah
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 1 Mac

6 Komen

  1. ekspresiruang pada 04 Aug 2011

    antara sumber pendapatan utama Apple sbnrnya…

  2. sankai pada 04 Aug 2011

    kalau di malaysia ada itunes kan best. ni kena beli satu album, tapi yg bestnya satu lagu.

    • Pacifista - X pada 04 Aug 2011

      haha…sokong :D

    • abdusfauzi pada 04 Aug 2011

      agree.

    • Zahari pada 04 Aug 2011

      Boleh guna iTunes Gift Card. Tapi bleh beli lagu omputih je la, kat US punya iTunes Store je

  3. Zahari pada 04 Aug 2011

    Semuanya sebagai persiapan untuk iCloud. Harap existing MobileMe punya subscription yg tanak refund bleh dapat additional 20GB for free


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader