Cari @ Amanz

Lanjutan daripada artikel sebelum ini, kami telah pun menghantarkan empat jemputan Google Music kepada pembaca bertuah Amanz. Dan mungkin kami telah melakukan kesilapan dalam konsep pertandingan, dan tidak menjadikannya berterusan. Jadi, disini kami menyediakan dua lagi jemputan untuk menyertai Google Music Beta, dengan konsep baru.

Google Music Beta

Para pembaca Amanz yang inginkannya, hanya perlu berjanji untuk menjemput dua rakan Amanz yang lain melalui kotak komen berikut, dan kami akan hantarkan jemputan kepada anda.

Jadi secara ringkasnya, kami akan menjemput dua pembaca Amanz pertama yang meninggalkan komen dibawah. Dan seterusnya pembaca yang mendapat jemputan Google Music Beta itu perlu menjemput dua lagi rakan-rakan Amanz yang lain, dan perkara ini akan berterusan terus-menerus.

Jadi, sekiranya anda bersetuju, anda boleh meninggalkan komen dibawah dengan alamat hanya meninggalkan nama pengguna GMail sahaja.

Nota : Setiap pengguna akan mendapat 4 jemputan Google Music Beta, dan anda hanya perlu menyumbang dua sahaja kepada pembaca Amanz, dan dua lagi anda boleh berikan kepada rakan-rakan anda yang lain. Dan alang-alang dah jemput, suruh diorang jadi Fan Facebook Amanz Network :)

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd