03Aug

Kawal Iklan Google Yang Dipaparkan Dengan Mudah

Google

Mungkin ramai yang tidak ketahui yang mana Google mengumpulkan beberapa data berkaitan pelayaran web kita, dalam memperlihatkan iklan yang lebih menarik perhatian dan juga bersesuaian dengan seseorang itu. Pada masa yang sama, para pengguna juga boleh mengubah data yang dikumpulkan Google itu dengan mudah melalui suatu halaman khas.

Melalui halaman Google Ads Preferences, para pengguna boleh mengawal pelbagai data yang dikumpulkan oleh Google itu dengan mudah. Pada masa yang sama, pengguna juga boleh membuang data-data yang disimpan Google itu dengan mudah, dan turut keluar daripadanya dan meminta Google tidak lagi memaparkan iklan berdasarkan minat dan demografik seseorang itu.

Walaubagaimanapun, untuk makluman semua, data yang dikumpulkan hanyalah untuk tujuan memperlihatkan iklan kepada penggunanya, supaya ianya lebih fokus, serta menguntungkan pembaca dan juga pengiklan. Google juga mengatakan mereka mematuhi pelbagai standard dalam melaksanakan perkara ini.


Google Memulakan Hidup di Twitter
Blogger Memperkenalkan Sistem Komen Baharu
Pra-Lihat Android 3.0 Honeycomb
Nokia Mengumumkan Symbian Belle
Pengguna Berdaftar Google+ Melangkaui Angka 60 Juta Pengguna

7 Komen

  1. lanzz pada 03 Aug 2011

    +1

  2. syahrilhafiz pada 04 Aug 2011

    mana iklan kat blog ni? keke

  3. ekspresiruang pada 04 Aug 2011

    tips yg mudah utk difollow. thanks for sharing :)

  4. brobard pada 04 Aug 2011

    nice..

  5. din je pada 04 Aug 2011

    laaa..xtaw pon boleh

  6. bobo pada 04 Aug 2011

    boleh la promote kot google ads.

  7. Amirul pada 04 Aug 2011

    adsense utk blog bahasa melayu boleh gak ke?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader