18Aug

Kemaskini Symbian Anna Diperkenalkan Untuk Pengguna Nokia E7 Dan N8 Malaysia

Gajet, Perisian

Setelah dinantikan sekian lama oleh para pengguna tempatan, kini Nokia telah pun memperkenalkan kemaskini sistem operasi Symbian mereka kepada pemilik peranti Nokia E7 dan juga Nokia N8, dimana mereka boleh mengemaskininya bermula hari ini kepada Symbian Anna dengan mudah.

Melalui Symbian Anna, Nokia membawakan beberapa perubahan dan penambah-baikkan padanya, termasuklah ikon baru pada Symbian Anna. Input berasaskan QWERTY juga ditambah-baik, selain pelayar web yang didatangkan bersama kini lebih pantas dan mudah dikendalikan.

Para pengguna peranti Nokia N8 dan E7 di Malaysia kini sudah boleh mengemaskini kepada Symbian Anna, dan mula menikmati pelbagai fungsi yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Kemaskini : Nokia C6-01 dan juga Nokia C7 turut sama telah menerima kemaskini Symbian Anna.

Terima kasih @Piratz


Intel Akan Membangunkan Cip Generasi Akan Datang Dengan Struktur 3D
HTC Sensation XE Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1999
Aplikasi MY-Traffic Memudahkan Para Pengguna Android Mengikuti Keadaan Lalu-Lintas
DiGi Menawarkan Galaxy Tab 7.7 Bermula Daripada RM1549
Kaspersky Mulakan Ujian Perisian KIS Untuk Windows 8 Consumer Preview

11 Komen

  1. asri al-baker pada 18 Aug 2011

    Tambahan,

    1. C6-01 dan C7-00 pun dah ada Symbian Anna kat server Nokia.

    2. Jadi, semuanya ada 4 peranti Symbian^3 yang boleh dinaiktarafkan menjadi Symbian Anna.

    3. Laporan penuh akan menyusul di http://www.symbianku.com :-)

    @asrialbaker

  2. rizuani pada 18 Aug 2011

    wah bagus symbian ni…hahaha <– p/s ada org marah aku komen tak bagus…jadi komen ni aku menipu ya..

  3. Mashi pada 18 Aug 2011

    Kenapa Nokia tidak mahu beralih kepada Android..?
    Zaman Symbian sudah berlalu la

  4. Hasra pada 18 Aug 2011

    staf Symbian pun nak cari makan jugak…

  5. al.ketam pada 18 Aug 2011

    hidup lagi rupanya symbian nih eh… oh..lupa micro$oft bagi makan

  6. Zul's Stuff pada 18 Aug 2011

    terbaek la….

  7. shuzack pada 18 Aug 2011

    Anna dah keluar, tunggu Belle pulak.. Belle – new evolution of Symbian! =)

  8. kikoz pada 18 Aug 2011

    symbian tdaklah seteruk komen2 di atas tu..mgkin komen mreka tu mggunakan peranti android SG2 or iphone 4..peranti symbian anna ade kelebihannya..n8 umpamanya, kamera 12mp, memori 16gb,usb on the go,hrga mrah jika nk bnding dgn android..applikasi pun bukan xde lnsung..wlpun android beratus ribu app, bknnya bley sumbat smua dlm phone..

  9. elhashah pada 19 Aug 2011

    Ok je symbian. duit aku sukati aku. haha

  10. AmaNZ pada 23 Aug 2011

    Mmg cantik dan agak laju bila pakai anna ni tpi ada mslh sikit bla kita nak tukar theme tu, dia still loading sedangkn paparan dah berubah… Sy bru sy update ni N8 sy…

  11. marine pada 25 Aug 2011

    klu upgrade warranty die cam ner???


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader