15Aug

Lebih 14.7% Daripada Laman Web Di Internet Menggunakan WordPress

Web 2.0

Jikalau sebelum ini, pada tahun lepas, Matt mengumumkan yang mana hanya sebanyak 8.5% laman web didunia dijana oleh WordPress, kini pada tahun ini, angka tersebut memperlihatkan peningkatan drastik, dimana kini ianya dikatakan sebanyak hampir 14.7% daripada laman web seluruh dunia dijana menggunakan WordPress.


Matt pada WordCamp San Francisco [via]

WordPress 3.2 yang dilepaskan baru-baru ini sendiri memperlihatkan lebih daripada 500,000 muat-turun dalam tempoh kurang dua hari. Selain daripada itu, Matt Mullenweg turut berkongsikan data, memperlihatkan yang mana sehingga kini, sudah lebih 200 juta kali plugin dimuat-turun daripada laman rasmi WordPress.

Matt turut mengatakan yang mana, kini, daripada 100 nama domain baru yang didaftarkan, hampir 22 daripadanya menggunakan WordPress dalam pembangunan web tersebut. Ianya sekaligus memperlihatkan yang mana WordPress kini semakin popular penggunaannya di seluruh dunia.

Adakah angka ini akan terus berkembang pada tahun hadapan?


Iklan DoubleClick didalam Nuffnang
Tourism Malaysia Membelanjakan RM1.8 Juta Untuk Kempen Sosial Atas Talian
Videografik : Wikipedia - Laman Rujukan Yang Dicintai Ramai
Laman Faces Bakal Dilancarkan Dalam Bentuk Beta Terbuka Pada 29 Januari
Pirate Bay Beralih Kepada Pautan Berbentuk Magnet Bermula 29 Februari

15 Komen

  1. jyundoo pada 15 Aug 2011

    Salah seorang pengguna Wp tegar adalah aku. memang super tahap mudah penggunaannya.

  2. chidori pada 15 Aug 2011

    saya mesti pilihh.. :P

  3. Mr Rileks pada 15 Aug 2011

    WP mmg terbaek!!!

  4. NurulAini pada 15 Aug 2011

    kenal wordpress dari lecturer.. ^___^

  5. Is Levis pada 15 Aug 2011

    yang best kat wp ada mcm2 plugin. senangkan keja

  6. MaxMonic pada 15 Aug 2011

    Kos untuk buat wordpress je makan juta2..

    Dari mana diorang buat duit ye.. Konfius aku.

    Takkan kerja amal semata2.

  7. Mohd Nasri pada 15 Aug 2011

    wp mmg senang..xpyh nk ebook2 care gune wp..hahaha

  8. cursefinger pada 15 Aug 2011

    lagi 85.3% menggunakan blogspot. hehe.. :D

  9. Juan pada 15 Aug 2011

    aku pon guna wp hahaha

  10. alyrds pada 15 Aug 2011

    Dulu, macam² blog host aku terai.. last² aku pilih WP. Sbb mudah manage dan simple!

  11. Mayang Abadi pada 16 Aug 2011

    rasa-rasanya lepas ni nak buat web nak guna wordpress lah. hehehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader