Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada telefon pintar, salah satu peranti yang digemari ramai oleh para pengguna tempatan adalah kamera. Kini, Samsung Malaysia mengatakan yang mana di Malaysia sahaja, setiap bulan, hampir 65,000 kamera terjual, memperlihatkan suatu angka yang amat besar sekali.
Walaubagaimanapun, penembusan pasaran untuk kamera di Malaysia masih lagi rendah, iaitu sekitar 30%, tetapi jualan sebanyak 65000 buah kamera sebulan adalah suatu angka yang tinggi. Daripada jualan tersebut, sebanyak 50,000 dikatakan adalah kamera kompak biasa, dan selebihnya, iaitu lebih 15,000 adalah kamera DSLR dan yang sewaktu dengannya.
Perkara ini juga pada masa yang sama memberikan peluang yang lebih luas kepada para pengeluar untuk membuat pemasaran dan menjual kamera keluaran mereka di pasaran tempatan. Apatah lagi, akhir-akhir ini, jualan kamera DSLR semakin meningkat popularitinya, dimana selain merakamkan gambar, ianya turut digunakan dalam membangunkan video dan sebagainya.
64 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Oh mai..
“Having a DSLR doesn’t make you a photographer. It’s make you a DSLR owner.”
agree with nikonian
setuju
orang sekarang minat kamera da..
da mampu beli kamera mahal2
+1
betul tuh
Kalau tgk ratio kamera dslr dgn kamera kompak pun sbnrnya kecik.
15k : 50k?
3 : 10 je, kalau dulu agak2nya 1 : 15 ratio
wow.. rmi gak peminat kamera ni
ramai nye..
dah bersepah2 org ade dslr skrg nie..huhu
pegi mane2 je mesti ade gantung slr kt leher..
adoi…mcm xde bag plak…
dslr dah jadi trend, beli wat bergaya .. hohoho
kadang2 orang beli bkn sbb minat tp sebb nk bergaya dan beli sbb org lain beli …
dulu mmg gilakan DSLR, tp bila dah start kerja dan kurang travel, dah berhabuk DSLR tu. huhu
+1
musim dslr.
Beli kamera mahal tapi tak pandai amek gambar pun tak boleh gak…
diorang beli setakat beli je. ikut trend
btl tu alan!
masa beli mungkin niat nak blaja amek gambar lawa, tgk org lain amek gambar lawa2.
fuh..ramainyee
nak dslr 1.. hoho..
dslr memerlukan tuan baru agaknya…ade sape2 nk? huhu
dah lama plan nak beli dslr…tp budget xde lagi….
kamera dh jd mcm HP dah skang kan
huhu bile la nak memilikinye
compact camera sekarang dah murah. rasanya wajar setiap orang ada satu.
takyah tunggu dslr pun gambar blh cantik punya.
+1
dslr nie kalau betul2 digunakan mmg boleh cari duit…. tapi kalau setakat nak bergaya… saya tak boleh nak kata apa la…. masing2 punya duit… buatla apa saja…
DLSR dah jadi kegilaan cam handset cam era awal 2000 dulu huhu… Belambak2 pakej sekarang ni jenuh kelabu mata
65k sebulan?
banyaknya…
DLSR <3
you’re not a photographer, you just own a really expensive camera… LOL
+99
+10000000000
byk tu…
tu la. tiba tiba je ramai yang minat guna kamera ni. dulu tak de la ramai mcm skrg.
aku ni dah lama berangan nk beli dslr ni…tapi apakan daya komitment lain bnayk lagi…huhuhu
beli dslr lepas tu guna mode auto!
sesiapa yang buat begini. facepalm.
kena pikir masak2 kalo nak beli camera dslr ni… klao x rase rugi bila beli nanti..
tapi berapa rami yang guna kamera tu betul-betul bukan sekadar trend atau perhiasan je hohoho
bila la nak boleh beli kamera DSLR tuh… lama dah kempunan. tapi belum mampu.. huhu
fakta menarik
kaya tauke camera..
SAPE DSLR FAG DEKAT SINI? LAWL
tu tak kira kamera handphone lagi tu..
ramai banyak duit, tapi tak ramai yang betul-betul nak explore dslr..
owh ni kamera digital je kan? analog tak kira kehkehkeh.
digital jew nie..hehehe…analog x de kaitan..hehehe
gilerr ahh.. ok bln depan ak nak jadi antara pembeli huhuu
buat lah infographic Amanz~
Ak minta tol kamera style Sony NEX tu, body kecik, lens besau
xminat sangat amek2 gambar gune kamera…
amek gambar pun gune henset je
jimat… lagipun bukan addicted pun ngan amek2 gambar nih
aku paling benci budak sekolah kehulur kehilir bawak camera kat leher. =.=
lol
pasni byklah sell kt mudah…
Wah! ramai beli… banyak kawan2 pekak saya juga beli!
budak sekarang cakap , DSLR ibarat HANDPHONE la , semua wajib ada , tak kira usia ,
temasuk laa aku tejebak.. tp buat income.. huh
kat umah dh ade 2kamera DSLR
musim DSLR la… semua nak jadi MODEL!!
iaitu lebih 15,000 adalah kamera DSLR dan yang SEWAKTU dengannya.
aku rasa ayat
iaitu lebih 15,000 adalah kamera DSLR dan yang SETARAF dengannya. lagi sesuai…?
pasni bersepah r model freelance …
pastu upload pesbuk.
hahah