Cari @ Amanz

Selain daripada Samsung Galaxy Tab 10.1 yang bakal dilancarkan pada penghujung minggu ini, Lenovo Malaysia turut sama bakal melancarkan tablet Android 3.1 kepada para pengguna di Malaysia pada hari Khamis ini, iaitu Lenovo IdeaPad K1. Harganya masih lagi belum diketahui buat masa ini.

Lenovo IdeaPad K1 membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz NVIDIA Tegra 2, serta skrin seluas 10-inci dengan resolusi 1280×800 pixel, kamera hadapan 2-megapixl dan juga kamera belakang 5-megapixel. Lenovo Malaysia dijangka akan melancarkan kedua-dua versi 3G dan WiFi pada hari Khamis ini kelak.

Harga peranti tersebut dijangka akan diumumkan dalam masa dua hari lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd