Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah Groupon memasuki Malaysia melalui Groupsmore, kini satu lagi gergasi dalam industri tawaran harian, iaitu LivingSocial turut sama memasuki arena industri tawaran harian tempatan dengan pengambil-alihan Ticket Monster, yang mana merupakan pemilik Everyday.com.my.
Harga pembelian tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak. Namun dengan pembeliannya, ianya bakal memberikan impak yang tinggi terhadap pasaran Asia oleh LivingSocial.
Sebelum ini, Ticket Monster telah mengambil-alih Everyday.com.my pada bulan Jun yang lepas. Buat masa ini, Everyday dilaporkan mempunyai lebih daripada 400,000 orang pngguna, serta memegang hampir 40% pegangan dalam pasaran industri tawaran harian Malaysia. Everyday juga dijangka bakal memperluaskan perkhidmatan mereka ke pelbagai bandar utama diseluruh Malaysia tidak lama lagi.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Berebut-rebut diaorang nak beli daily sites ni.
agaknya kenapa diorang berebut2 nak beli?
Internet penetration agak tinggi? Pemasaran / penjualan melalui internet semakin diterima di Malaysia? Groupon dah maju, dah boleh pindah pejabat baru; syarikat induk Dealmates baru listed … hehehe … agaknya la kot
Banyak org beli deal sites.. @.@
Dear Amanz, thank you very much for this interesting article which reports on the recent developments of LivingSocial and its entry into Malaysia via Everyday.com.my. Indeed, exciting times are in store for both customers and our merchants as the network, now covering the whole world, is going to become even stronger and filled with even more exciting deals. I would like to clarify that Everyday.com.my’s current market share is around 35 to 40%, and not what you had mentioned. Do visit our site for many awesome deals and
savings.
Terima kasih untuk artikel menarik ini yang melaporkan mengenai perkembangan terbaru LivingSocial dan kemasukan pihak mereka ke Malaysia melalui Everyday.com.my. Sememangnya, banyak tarikan akan terdapat untuk kedua-dua pelanggan dan para peniaga setelah rangkaian kami kini meliputi ke seluruh dunia, yang akan menjadi lebih kuat dan penuh dengan tawaran lebih menarik.
Saya ingin menjelaskan bahagian pasaran semasa Everyday.com.my adalah dalam sekitar 35% ke 40%, dan bukan apa yang telah disebutkan. Layarilah laman web kami untuk pelbagai tawaran dan simpanan yang hebat.
Sekian, terima kasih.
“Frank Kang – Pengarah Pembangunan Antarabangsa, Ticket Monster/Everyday.com.my”
Thanks for the clarification. Updated the article.
amat suka……
Banyak % boleh dapat !!