24Aug

Logo Start Baru Pada Windows 8 Mula Kelihatan

Microsoft

Jikalau semalam Microsoft memperlihatkan perubahan pada Windows Explorer secara tersembunyi melalui video mereka, melalui video baru yang dikeluarkan hari ini, Microsoft sekali lagi memperlihatkan salah satu perkara menarik, iaitu logo Start pada Windows 8 yang baru dan berbeza dengan sebelum-sebelum ini.

Logo Start tersebut berkemungkinan masih lagi pada peringkat pembangunan, disebabkan dalam demo yang diperlihatkan, ianya masih memperlihatkan rekabentuk logo Start yang lama.

Selain daripada itu, pada tetingkap Windows Explorer, kini ianya turut sama memperlihatkan pautan pantas seperti mana terdapat pada aplikasi pejabat popular mereka, Microsoft Office.

Namun begitu, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, berkemungkinan versi akhir kelak mungkin jauh berbeza berbanding yang diperlihatkan secara tidak sengaja ini. Pada masa yang sama hendaklah diambil-tahu yang mana sehingga kini Microsoft masih lagi tidak memperlihatkan antaramuka Metro mereka selain daripada pada video pertama.


Silverlight 2.0 - Perisian Lawan Adobe Flash Sedia Di Muat-Turun
Personalisasikan Windows 7 Anda Dengan Mudah
Hotmail Di Beri Nafas Baru Melalui Wave 4
Windows 8 Build 8158 Memperlihatkan Peningkatan Pada Charm Bar
Beberapa Aplikasi Bercirikan Tempatan Mula Kelihatan Di Windows Phone Marketplace

11 Komen

  1. Piratz pada 24 Aug 2011

    tak smart pun… haha.. nasib bek boleh custom….

  2. eSafarEE pada 24 Aug 2011

    tajam betul mata…hahaha..

  3. yapompiow pada 24 Aug 2011

    pakai orb changer jer

  4. arnamee pada 25 Aug 2011

    masih dalam pembangunan..owh

  5. jimmy pada 25 Aug 2011

    dah mcm sherlock holmes da amanz ni.haha

  6. syahrilhafiz pada 25 Aug 2011

    macam ubuntu ja, nak tukaq nautilus ke..haha

  7. ZoOL pada 25 Aug 2011

    Hmmm.. still tak lawa.. customized windows aku lagi lawa :P

    Microsoft patut benarkan user customize sendiri cam Ubuntu :D

    Aku paling benci tgok button UP tue, hodoh sial…

  8. Roslan pada 25 Aug 2011

    saya komen nak point je haha..

  9. amirzaim pada 25 Aug 2011

    Macam m$ office la pulak bila tengok layout kat windows explorer nih…

  10. matjoe pada 25 Aug 2011

    tajam mata amanz

  11. Dianova pada 28 Aug 2011

    hehehe … mcm microsoft office lak


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader