Jun lalu Steve Jobs memberikan pra-tonton rekaan kampus terbaru Apple di Cupertino yang mirip sebuah piring terbang. Hari ini firma rekaan yang diberikan tanggung jawab mereka cipta kampus ini memperlihatkan enam lukisan konsep bangunan yang dijangka siap pada tahun 2015.
Syarikat firma terkenal Foster and Partners akan membina bangunan yang bakal menempatkan 13 00o orang pekerja didalam ruang seluas 2.8 juta kaki persegi. Ia juga bakal menempatkan sebuah auditorium untuk 1000 orang, makmal penyelidikan dan pembangunan seluas 300 000 kaki persegi serta stesyen janakuasanya sendiri yang mesra alam.
Menurut Steve Jobs bangunan ini juga tidak akan mempunyai satu pun panel kaca yang bemuka rata. Seperti rekaan produk Apple terkini kaca melengkung terbesar didunia bakal digunakan bagi memberikan lengkungan yang sempurna tingkap bangunan canggih ini.

Sumber asal Cupertino.Org
besar kot…microsoft punya tapak kat mna plak??
Mmg betul la Apple has more cash in hand than US government, time2 tak menentu mcm ni pun bole buat project mega :-p
oh, akan aku melawati suatu hari nanti bila dah siap.
dapat masuk cni best ni
best gilew.. green environment
ini awesome!
support le Apple…
canggih glerr apple
lawa gak….
smart2…
boleh makan apple banyak2 kat sini… sure diorang tanam pokok apple keliling kampus tu…
ada duit semua boleh..hahaa
Tiru UNiSEL Bestari Jaya.
Tapi kenapa apa yang Apple buat semua org suka dan setuju.
Bila selain Apple buat, dia akan kata tempat jin bertendang la, ceruk hutan la.
LOL
Mentaliti orang kita…
Pergh… Giler gempak ar Apple ni… Satu demi satu projek mega dibuat…
hahaha..
Bukan nak sokong Apple.
Tapi kalau pemaju2 kat Malaysia bangunkan mende macam ni, sebatang haram pokok takkan stay.
Itu yg makin lama makin panas semacam.
go green .. yay…
bila dia nak bukak branch kat malaysia tah
mmg terbaek la wei
kot kot boleh terbang kot nanti,
cool , awesome , wow , gile ! kenapa tak buat bentuk logo APPLE ! ?
buat la mana yg patut…asalkan membawa kebaikan.jgn esok2 kena puting beliung..terbang,sebiji mcm piring terbang
malangnya Steve Jobs tak sempat merasai