Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Google Music Beta masih lagi belum dilancarkan kepada umum, namun kini Google telah pun mulakan promosinya dengan lebih meluas lagi, dimana hari ini, Google secara rasminya telah pun melancarkan sebuah blog khas untuk perkhidmatan muzik-awan tersebut, membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai perkara menarik mengenainya.

Melalui blog khas yang diberikan nama Magnifier, Google bakal menawarkan satu lagu khas setiap hari, dan menariknya adalah ianya ditawarkan secara percuma. Ianya didatangkan dengan sebuah butang khas, membolehkan anda menambah lagu ke akaun Google Music Beta anda dengan senang dan pantas, dan mula mendengarkannya.
Selain daripada itu, melalui blog khas tersebut juga, Google turut sama menyediakan beberapa tips dan tutorial khas untuk pengguna Google Music Beta dalam menjadikan penggunaan Google Music Beta mereka lebih menarik lagi.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Teringat aku pasal Myspace, tapi yang ini pasti lagi cool.. =)
sian gak kat myspace.. tpi.. tu ah, sebab banyak sangat ads kot orang tinggal kan die.
Google terus gegar! Adus! Bilalah nak boleh guna pada Android ni.
fuyooo, makin menarik la
meh, just another amazon cloud player. it is not new. rdio, spotify and mog come with better solution, you don’t have to upload the songs, just pay and listen to millions of tracks.
Penat aku suh org invite.. sampai arini x dapat2 join google music.. waa.. anyone.. anybody.. sumbody..
shaikhil [a] gmail.com
aku invite.
thanks bro.. da dapat.. akan aku sedekahkan kepada 2 seperti yg dijanjikan..
invite la aku ..dah lama aku duk tunggu nak dpt invite nih
adam8837@gmail.com
same laa…ade yang da dpt invite da xnk invite org laen
sesape2 tlg la invite aku skli..nak try gak bende ni..
buggyclown94[a]gmail.com
tapi kan, bila sebut awan jer aku rasa macam kelakar, mcm awan guling son goku. btw aku dah guna, best jugak. cuma wonder berapa laju bandwitdh dia sedut kalau kita online
Betul-betul. Lepas ni, mesti adakan aplikasi Son Goku dan Son Gohan. Baru kena!