21Aug

Maxis Cloud Bakal Diumumkan Pada Minggu Hadapan

Telekomunikasi

Dengan dunia yang beralih memfokuskan kepada perkomputeran awan, kini Maxis turut sama menyertainya, dimana mereka bakal melancarkan perkhidmatan perkomputeran awan mereka yang difokuskan kepada organisasi dan perniagaan pada minggu hadapan. Mereka dijangka akan mengumumkan kerjasama mereka bersama-sama dengan pihak MDeC pada hari Isnin akan datang ini.

Melalui Maxis Cloud, mereka menyediakan infrastruktur yang berasaskan perkomputeran awan kepada para pelanggan mereka, dimana tiga pakej khas disediakan, memfokuskan sepenuhnya kepada organisasi dan perniagaan, dimana ianya bermula daripada serendah RM900 sebulan untuk hos emel dan sebagainya, sehingga kepada pakej RM1900 yang membolehkan anda menjalankan pelbagai pangakalan data melaluinya.

Buat masa ini, pusat data Maxis terletak di iCity, Shah Alam, membolehkan para pelanggan mereka mengaksesnya dengan mudah dari pelbagai lokasi. Lebih banyak maklumat berkaitan Maxis Cloud ini dijangka akan diumumkan pada hari Isnin ini. Sama-sama kita nantikannya.


P1 dan ZTE Bekerjasama Mengembangkan Liputan
Jalur Lebar Berkelajuan 42Mbps Dari U-Mobile
5 Perkara Saya Buat Kurang Dengan Adanya Modem WiFi Maxis
Maxis Menawarkan Lebih 17000 Kad SIM Saudi Telecom Untuk Jemaah Haji Malaysia
Pelan Apple iPhone 4S Daripada Maxis Diperlihatkan

10 Komen

  1. Omar pada 21 Aug 2011

    DC Shah Alam. Very near to me.

  2. Pacifista - X pada 21 Aug 2011

    uih…takut tengok harga pakej sebulan dia.huhu…

  3. van der Rui pada 21 Aug 2011

    tak sabar nak tunggu iCloud yang percuma tu.. XD

  4. aimannajmy pada 21 Aug 2011

    huhu ni nk buat bisnes ok le.. kalo pesendirian jenuh huhu

  5. NJ pada 21 Aug 2011

    maxis bertukar kpd biz hosting pula?

  6. Bisyairi pada 21 Aug 2011

    perkomputeran awan tu camne? still noob =.=”

  7. Azim Norazmi pada 22 Aug 2011

    now, everything is in cloud…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader