22Aug

Maxis Melancarkan Perkhidmatan Maxis Cloud Untuk Perniagaan

Telekomunikasi

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kini Maxis telah pun melancarkan perkhidmatan perkomputeran awan dengan sokongan masa-nyata di Malaysia, iaitu Maxis Cloud. Buat masa ini, ianya disasarkan untuk pengguna perniagaan, dimana melaluinya mereka boleh melakukan pelbagai perkara, daripada menguruskan emel, sehingga ke pengehosan pangkalan data.

Perkhidmatan ini dilancarkan oleh Maxis dengan kerjasama bersama-sama dengan beberapa pihak, termasuk MDeC. Maxis Cloud ini disediakan melalui pusat data Maxis sendiri yang terletak di iCity, dan disambungkan dengan rangkaian 100G.

Sebelum ini, pada awal hari ini, ianya kelihatan Maxis turut sama mula menawarkan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka kepada para pengguna perniagaan, dan kini dengan Maxis Cloud, ianya memperlihatkan yang mana Maxis mula memberikan perhatian serius kepada bahagian perniagaan satu demi satu.


Di Sebalik Nama UniFi (TM HSBB)
Celcom Broadband - Jalur-Lebar Mudah Alih Mampu Milik
Pelan dan Pakej iPhone 4 Maxis Mungkin Berubah?
Tesco Mobile Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tahun Ini?
DiGi Kini Mempunyai 9.3 Juta Pengguna Di Malaysia

6 Komen

  1. nizamghazi pada 22 Aug 2011

    Klu awek(kanan) tu yg promosikan dpn2 mesti akan terbeli walaupun mahal

  2. Abszeen Picco pada 22 Aug 2011

    wow!

  3. zack pada 22 Aug 2011

    VPN maxis tak mau jual ke,hehe

  4. BulanTerkenal pada 22 Aug 2011

    pehh harga…

  5. yapompiow pada 23 Aug 2011

    harga melampau2. mahal giler..

    • eSafarEE pada 23 Aug 2011

      standard la tu..name pun pakej perniagaan. lame2 turun la..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader