Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan pelancaran rasmi BlackBerry Bold Touch tempoh hari bersama-sama dengan peranti lain, kini Maxis menjadi yang terawal untuk memulakan pra-daftar untuk peranti tersebut, dimana kini para pengguna yang berminat boleh mendaftarkan minat untuk mendapatkan peranti tersebut melalui Maxis.

BlackBerry Bold 9900 ini membawakan skrin sentuh 2.8-inci bersama-sama dengan papan kekunci QWERTY, selain turut sama membawakan cip pemprosesan 1.2GHz, 768MB RAM,dan juga kamera 5-megapixel dengan sokongan HD padanya.
Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya serta berapakah harga jualannya masih lagi tidak diketahui. Namun mungkin ianya tidak lama lagi, tambahan, ura-ura awal mengatakan yang ianya bakal dilancarkan pada penghujung bulan ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
screen besar 3 jari ja pun nak buat HD…
kekeke.. manis ayat tu bro…
HD tu dari camera. bukan screen handphone. so, klau nak tengok kualiti HD kne la sync ke TV. xde kne mengene pun screen handphone kecik or besar..simple rite?
Nice..
mcm menarik. BB mmg sesuai utk bisnes
dapat free ok gak kui3
Skali kua kt meksis daa..kne tunggu lgla utk celcom..
hrp2 harga murah!
Wah! Ingatkan Celcom yang akan buat kejutan dahulu, nampaknya Maxis mendahului promosi, mari kita lihat siapa punya tawaran yang lebih hebat.