24Aug

Microsoft Memperlihatkan Perancangan Untuk Windows Phone Tango

Microsoft

Windows Phone TangoWalaupun Windows Phone Mango belum dilancarkan kepada semua, kini informasi berkaitan generasi Windows Phone akan datang, iaitu Tango sudah pun mula kedengaran, dan dikongsikan sendiri oleh Microsoft melalui sebuah seminar khas di Hong Kong. Seperti diperkatakan sebelum ini, Tango hanyalah kemaskini kecil, berkemungkinan seperti NoDo sebelum ini.

Pada masa yang sama, ianya turut diperkatakan yang mana Tango adalah kemaskini kecil untuk Mango, dan dibangunkan khas untuk negara membangun seperti China, India dan negara-negara lain yang sering diabaikan, dan melaluinya ianya akan menumpukan untuk mempromosikan perkhidmatan seperti Bing dan sebagainya.

Selain daripada itu, Tango juga akan menjadi alternatif baru, dimana ianya akan ditawarkan secara lebih murah, dan membolehkan lebih ramai pengguna mampu untuk memiliki telefon pintar Windows Phone dinegara-negara membangun ini.

Ianya sekaligus memperlihatkan usaha para pembangun peranti untuk menumpukan kepada mereka yang berpendapatan rendah, dan negara-negara membangun yang sering terlepas pandang. Buat masa ini, Android menjadi salah satu platform yang digunakan oleh pembangun dan pengeluar peranti dinegara-negara tersebut. Sebelum ini, ianya turut diperkatakan yang mana Apple turut sama akan mengeluarkan iPhone 8GB yang lebih murah menumpukan pasaran-pasaran ini yang masih belum diteroka.


Sertakan Live Messenger Pada Laman Web Anda
Windows 7 Build 7600 Adalah Versi RTM?
Demo Aplikasi Twitter Untuk Windows Phone 7
Windows Phone Mango Untuk Pembangun Kini Boleh Diakses
Nokia Turut Sama Mengumumkan Nokia Lumia 710 Hari Ini

1 Komen

  1. Hasra pada 25 Aug 2011

    memang la ko kena buat… mereka pun manusia jugak… perlukan perhatian… (pada siapa aku cakap nie hah)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader