Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, melalui video rasmi pertama Windows 8, Microsoft telah pun memperlihatkan antaramuka ringkas dengan sebuah ikon ke Windows Store. Ianya kemudiannya telah menjadi tanda tanya oleh ramai pihak, dan kini Microsoft secara rasminya telah pun mengesahkan yang mana Windows 8 akan menyertakan kedai aplikasinya yang tersendiri.

Perkara ini diperlihatkan oleh Microsoft melalui kemaskini pada blog rasmi mereka, yang mana memperlihatkan pembahagian kumpulan pembangun untuk Windows 8 mereka. Sehingga kini, Microsoft tidak pernah mengesahkan perkara tersebut, dan kini nampaknya Windows 8 secara rasminya akan didatangkan bersama-sama dengan App Store miliknya tersendiri.
Maklumat mengenainya masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Namun berkemungkinan ianya akan menggunakan Windows Live ID (seperti pada bahagian avatar), serta mungkin akan memudahkan pengurusan dan pemasangan aplikasi melaluinya kelak.
Sama-sama kita nantikan kemaskini mengenainya tidak lama lagi.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
tiru ubuntu ke?;-)
dah mcm mac plak ade store2… hehehe…
berharap denga ada store. aplikasi tak berat sangat. eh
sekarang store ni kira popular, mcm android, senang nk download apa apa
Tiru or tak pduli ape. bagi aku kalau dah best dan capai kehendak aku dah kira ok la.