16Aug

Microsoft Pernah Turut Sama Berminat Untuk Mengambil-Alih Motorola

Lain-lain, Microsoft

Nampaknya bukan sahaja Google yang berminat untuk membeli Motorola, sebaliknya ianya turut disertai dengan Microsoft dan beberapa pihak yang lain. Namun begitu, pembelian oleh Google telah menyelamatkannya daripada paten dan hak cipta Motorola jatuh ke tangan pihak yang lain.

Ianya diperkatakan, salah satu sebab mengapa Motorola Mobility memilih Google dan bukannya Microsoft adalah kerana Microsoft lebih kepada inginkan paten dan hak ciptanya sahaja.

Seperti diperkatakan sebelum ini, Motorola Mobility memegang pelbagai jenis paten dan hak cipta, berjumlah lebih 17,000 yang mana terdiri daripada penggunaan rangkaian 2G hinggalah kepada penggunaan 4G LTE yang masih belum meluas.

Ianya pada masa yang sama, turut diperkatakan yang mana Motorola telah memulakan perbincangan lebih kurang lima minggu yang lalu, dan hanya melibatkan CEO Google sahaja, sekaligus membolehkan berita mengenainya tidak tersebar kepada sesiapa sebelum ini.


Belanjawan 2010 Dan Dunia ICT Negara
CSL Bakal Membangunkan Tablet JooJoo
Windows Phone Mango Selesai Dibangunkan - Menunggu Pelancaran
Microsoft Mengesahkan Kehadiran App Store Pada Windows 8
Microsoft Memperlihatkan Fungsi Baru Mango Dalam Sebuah Video Menarik

6 Komen

  1. Fairuz Sulaiman pada 16 Aug 2011

    ini adalah cadangan yang terbaik. Google memang selalu menlindungi hak paten berbanding microsoft. Malah apa yang kita boleh perhatikan teknologi yang gunakan oleh microsoft kebiasaannya di ciplak oleh pioneer asal .

  2. Hyuuga pada 16 Aug 2011

    microsoft da desperate daa..
    profit da menurun…ahakz

  3. Beburung pada 16 Aug 2011

    Actually tak rasa yg Google menyelamatkan apa2 paten whatsoever.

    Still, mereka adalah sebuah syarikat, sama juga mcm Microsoft. It’s just business as usual.

  4. Juan pada 16 Aug 2011

    best ker motorola

  5. amirzaim pada 16 Aug 2011

    Motorola memang best tapi time tu hampir tak laku sangat sebab takde promosi dll, tapi bila google dah take over motorola, kira Ok lah. Aku ingat tagline motorola, hellomoto!!!

  6. jaypah89 pada 17 Aug 2011

    actually this one is better.. jgn xtau, htc kna bayar royalti 5 dollar untuk setiap phone yang gune os android kepada windows.. sbb windows ade pgg patent ape tah.. bute2 je windows dpt profit.. windows fight patent sbb nk pressure pengeluar android je.. same mcm apple.. x boleh bersaing dr segi inovasi mule la saman sane sini..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader