Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Jikalau sebelum ini, Google memperlihatkan Android@Home, kini tibanya masa untuk Microsoft pula memperlihatkan perkara yang lebih kurang serupa, dimana sistem operasi dan platform baru daripada Microsoft itu dikenali sebagai HomeOS.
Seperti pada namanya, HomeOS ini merupakan salah satu platform yang dibangunkan untuk kegunaan rumah, dimana melaluinya, para pengguna boleh mengawal dan menguruskan pelbagai perkara berkaitan dengan teknologi dengan mudah.
Buat masa ini, HomeOS ini masih lagi pada peringkat prototaip, dan sedang dibangunkan oleh Microsoft Research. Menariknya, HomeOS ini turut didatangkan bersama-sama dengan HomeStore dimana para pengguna boleh mendapatkan pelbagai aplikasi untuk kegunaan serasi dengan perkakasan di rumah mereka.
Kini, dengan Google dan Microsoft masing-masing membangunkan platform untuk digunakan di dalam rumah, untuk pengurusan teknologi, mungkin kita akan dapat lihat beberapa nama besar turut sama menyertai mereka tidak lama lagi.
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
teknologi masa hadapan. canggih!
bil letrik mesti byk. kah kah kah
TNB lagi suka hati. ley naikkan tariff lagi.
GAYSEC nnti ble dapat banyak security project… sebab orang takut umah dorang kene hack.. hahhaha
Soooner, hacker hack rumah
haha cool giler
Pergghh!sangat teruja..=)
membuatkan aku xnak keluar rumah la kalau macam ni…semuanya maya.
memang lawa, tapi rasanya still pakai kernel windows kot…
Dem! Skrin Biru Kematian (BSOD).
sekali BSOD kuar, satu rumah warna biru…nice.
Ahahaha takpon kena virus. Kena plak explorer error.
Semakin menarik ni
Wahh, tak sabar nak tunggu…
video nih dh lme kan?xbyk source psal rumah nih… mgidam siot nk g rumah nih..