14Aug

Mozilla Memperkenalkan Butang Daftar Masuk Bersebelahan Bar URL

Perisian

Selain daripada menguji cara log masuk serba baru menggunakan BrowserID, kini Mozilla juga turut sama memperkenalkan sebuah add-on khas yang masih lagi dalam peringkat ujian, yang mana membawakan butang daftar masuk kesesuatu akaun bersebelahan dengan alamat URL laman tersebut.

Menariknya mengenai perkara ini adalah dimana, dengan kini lebih banyak laman mengintegrasikan sokongan akaun Facebook dan Twitter, kini para pengguna boleh melihat samada mereka mendaftar masuk kesesuatu laman itu ataupun tidak dengan hanya melihat bahagian bar URL. Mereka juga boleh mendaftar keluar dengan mudah, dengan hanya satu klik sahaja.

Mungkin ini merupakan sebahagian daripada ujian mereka. Perkara ini juga mungkin kelak akan menjadi trend dikalangan pembangun pelayar web, dimana kini Google turut sama menguji Google Profiles pada pelayar web Chrome mereka.


GeeMail - Aplikasi Desktop Untuk GMail
Chrome dan Firefox Terus Memperkukuhkan Kedudukan
PDF.js Untuk Firefox Sedia Untuk Diuji
Aplikasi Vinode Membolehkan Pengguna iOS Mengetahui Pelbagai Info Dalam Kaedah Interaktif
Apakah Benar Pengguna Tempatan Tidak Gemar Membeli Aplikasi Permainan Mudah-Alih?

8 Komen

  1. yapompiow pada 14 Aug 2011

    memudahkan kerja nie!

  2. Amirul pada 14 Aug 2011

    semakin maju dah..harap2 byk lagi ciri2 menarik..

  3. Amirulz pada 14 Aug 2011

    Mudah Dan Pantas.!!

  4. mohd azizul pada 14 Aug 2011

    aq pakai lastpass, rasa lebih yakin + selamat

  5. ali mamak pada 14 Aug 2011

    bagus la… menyenangkan keje nti

  6. NurulAini pada 14 Aug 2011

    nice.. tapi dah jarang guna mozilla.. ^____^

  7. hazari pada 14 Aug 2011

    tak sabar tunggu yang chrome punya,


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader