Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti semua sedia maklum, kini Mozilla menggunakan latar masa pembangunan yang pantas untuk Firefox, dimana terkini merupakan Firefox 6 yang bakal dilancarkan secara rasminya hari ini. Dan dengan pembangunan yang pantas, kini Mozilla bercadang untuk menyembunyikan angka versi pelayar web daripada kotak dialog About pada pelayar web tersebut.
Secara ringkasnya, kini para pengguna boleh melihat angka versi pelayar web yang digunakan melalui kotak dialog pada tetingkap About. Namun, mungkin pada masa akan datang, ianya akan dibuang, dan digantikan dengan mesej memperlihatkan anda menggunakan angka versi terkini.
Ianya berkemungkinan akan memperlihatkan mesej mengatakan seperti “pelayar web Firefox telah menyemak versi yang digunakan 20 minit yang lepas, dan anda menggunakan versi terkini”. Pada masa yang sama, Mozilla turut mengatakan yang mana kini angka versi pada Firefox tidak membawakan sebarang maksud utama.
Firefox 6 dijangka akan dilancarkan secara rasminya hari ini (walaupun sudah boleh dimuat-turun), dan Firefox 7 akan ke saluran Beta, Firefox 8 ke Aurora, dan pembangunan Firefox 9 akan dimulakan.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Ehum. susah cmni :3
Bagi saya amat sukar kerana saya sering menggunakan versi untuk menggunakan aplikasi addons seperti firebug dan bebrapa addons dalam pembangunan aplikasi
betul, agak menyusahkan jugak sebab plugin tak support FF yang latest. haih.
semakin pntas pmbngunan firefox ni..
memang pesaing chrome yg hebat!
baguslah tu. buang la. dah serabut sangat dengan angka-angka yang tidak membawa maksud. tambahan baru guna no 6, tapi 8 dah dibangunkan walau 7 belum dilepaskan.
Yeay, sudah boleh start mula guna firefox 6.
angka tidak membawa maksud apa2 yg pntg pembaharuan yg ingin ditonjolkan..
adekah firefox 5 aku ni akn terupdate sndri tnpa aku mengupdatenye?? lol
smakin mmbangun..bagos2
wow sudah boleh guna Firefox 6 ..!!
buang atau tidak, aku still guna firefox…
wah, laju betul firefox sekarang ya, baru pakai yg latest diorang bergerak lagi kepada yg latest
chrome the best~!