Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, Nokia telah mengatakan yang mana Nokia N9 akan menjadi peranti terakhir MeeGo daripada Nokia. Ianya sekaligus menjadi tanda tanya sampai bilakah MeeGo akan disokong Nokia. Kini, mungkin semua boleh menarik nafas lega, dimana Nokia telah pun mengumumkan yang mereka akan menyokong N9 untuk beberapa tahun, dengan pelbagai kemaskini.
Pada masa yang sama, ianya turut memperlihatkan kemungkinan untuk Nokia mengeluarkan peranti MeeGo baru pada masa hadapan masih ada, dan tidak mungkin mereka membazirkan masa dan kos hanya untuk menyokong peranti Nokia N9 sahaja.
Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui bilakah Nokia akan melancarkan Nokia N9 di Malaysia, tetapi ianya disasarkan untuk pelancaran bulan hadapan. Sama-sama kita nantikannya.
We will support #NokiaN9 for years AND release several SW updates… #nottoworry
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
er boleh caya ke? tengok HP dengan webOS. boleh drop macam tu saja what. hehe.
adakah disebabkan os yang dipakai???
rugi la sapa yang beli…
nak angkat satu la nanti..
ok ke ni???
N950 ade qwerty pad.rase lgi sesuai dgn jari2 ak
N9 pn ok jgk…
N950 tak dijual, hanya untuk developer.