31Aug

Nokia 703 – Peranti Pertama Windows Phone Dari Nokia?

Gajet

Ramai yang menantikan peranti Windows Phone pertama daripada Nokia, dan kini menariknya sebuah imej awal mula tersebar diinternet yang mana dilabelkan sebagai Nokia 703, dengan beberapa info berkenaan spesifikasi dan sebagainya turut sama kelihatan. Ianya juga kelihatan menyerupai peranti Sea Ray yang diperkatakan sebelum ini.

Namun begitu, imej dan kesahihan info berkaitan dengannya masih tidak dapat disahkan sepenuhnya buat masa ini. Melalui spesifikasi yang diperlihatkan, ianya menunjukkan Nokia 703 ini membawakan skrin seluas 3.7-inci dengan resolusi 480×800 pixel, kamera 5-megapixel, memori terbina 512MB RAM, dan juga storan seluas 8GB dan dijangka dijual sekitar penghujung November kelak.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih lagi tidak dapat disahkan buat masa ini, dan sekiranya ianya benar, dan menggunakan nama Nokia 703, harganya mungkin menyerupai harga peranti Symbian Belle yang dilancarkan baru-baru ini, iaitu Nokia 700 dan juga Nokia 701.


BlackBerry PlayBook Diperlihatkan Di Malaysia
Nokia Mencipta Rekod Dunia Untuk Paling Ramai Bermain Permainan Mudah-Alih Secara Berganti
Telefon Pintar Generasi Baru BlackBerry Tidak Akan Menyertakan Papan Kekunci QWERTY Terbina?
Samsung Memperkenalkan Galaxy Beam Dengan Projektor Terbina
Sony Melancarkan Xperia P Bersama Teknologi White Magic

7 Komen

  1. arpem pada 31 Aug 2011

    mcm n9 jer

  2. Aminiesta pada 31 Aug 2011

    MeeGo is far better than WP..

  3. kss pada 01 Sep 2011

    berbeza dari windows phone 7 ke?

  4. Mashi pada 01 Sep 2011

    Cm n9 je design?

  5. Janjang pada 01 Sep 2011

    hm.. kenapa nak klua byk sgt produk dalam masa terdekat

    • faeez faster pada 02 Sep 2011

      strategi nokia memang teruk!

    • cerr dik pada 08 Sep 2011

      uit, cek abg…kalu banding produk lain yg dari android, dah bersepah cam sampah kat pasaran. sebenar nye, kite kena faham, apakah target market utk produk2 yg dihasilkan. ade produk utk kategori high-end, mid dan low-end. nokia tak banyak pun produk high-end sbnr nye, kalau bandingkan dengan samsung ke, LG ke, HTC ke.

      lagi pun, penghasilan pelbagai produk memberi pilihan yg luas kepada pengguna. selain utk membantu meningkatkan ekonomi nokia sendiri…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader