24Aug

Nokia Melancarkan Tiga Peranti Symbian Belle Yang Baru

Gajet

Seperti mana yang dinantikan sebelum ini, kini Nokia telah pun melancarkan tiga peranti Nokia baru menggunakan platform mereka terkini, iaitu Symbian Belle. Tiga peranti baru yang dilancarkan hari ini oleh Nokia adalah Nokia 600, Nokia 700 dan juga Nokia 701.

Melalui Nokia 700, ianya membawakan cip pemprosesan sepantas 1GHz, sokongan daya tahan bateri selama 7.3 jam, kamera 5-megapixel, dan juga skrin seluas 3.2-inci. Melalui Nokia 700 juga turut sama membawakan sokongan NFC. Ianya didatangkan dalam empat variasi warna, dan akan mula dijual tidak lama lagi. Harga jualan di Malaysia masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Selain daripada Nokia 700, Nokia turut sama menawarkan Nokia 701 yang mana membawakan cip pemprosesan 1GHz, kamera 8-megapixel dibelakang da juga kamera hadapan 2-mgepixel, dan juga sokongan rakaman HD.

Melalui Nokia 600 pula, Nokia menjenamakannya sebagai telefon paling berbunyi kuat, membawakan cip pemprosesan 1GHz, radio-FM terbina, kamera 5-megapixel, dan juga sokongan rakaman video HD.

Harga jualan untuk setiap peranti masih lagi tidak diketahui, tetapi apa yang menariknya adalah dimana setiap satunya membawakan Symbian Belle bersama-sama dengannya.


CyanogenMod 7 Diperlihatkan Pada HP TouchPad
(Video) Pandang Pertama Symbian Belle Pada Nokia 600, 700 Dan 701
Penggunaan Peranti Android Melangkaui Angka Peranti Symbian Di Malaysia
Asus Bakal Menjadi Yang Terawal Menawarkan Kemaskini Android 5.0 Jelly Bean
BlackBerry Curve 9220 Dan 9320 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

13 Komen

  1. miizan pada 24 Aug 2011

    Nokia mkin maju

    • Hazmin Hamudin pada 24 Aug 2011

      maju ke? macam makin tertinggal kebelakang je ? android ngan ios yg makin maju

      • wanzs pada 07 Sep 2011

        Betul betul betul

  2. yapompiow pada 24 Aug 2011

    pesaing kpd smartphone lain.

  3. SJ pada 24 Aug 2011

    power lah nokia

  4. Mohd Azizul pada 24 Aug 2011

    ok la tu.. ingat da xnak support symbian..

  5. melayubuntu pada 24 Aug 2011

    Satu masalah ttg nokia, diorang tak update device yg sbelum ini dgn OS baru diorang..cth, dia xupdate phone N97 dengan symbian 3…so mmg aku xsyorkanlah nokia nihh..

  6. En.roti pada 25 Aug 2011

    saya kipas-susah-mati nokia! well done! what a great job has been done. Symbian belle yg baru pastu dgn model hp yg baru, + dgn NFC…mmg awesome. long live nokia!

  7. brobard pada 25 Aug 2011

    finally~ nokia connecting people~

  8. brobard pada 25 Aug 2011

    finally~ nokia connecting people~~~

  9. brobard pada 25 Aug 2011

    finally~ perrrgghhh~

  10. Raheem pada 25 Aug 2011

    tahniah NOKIA! krn telah bg sebab utk aku tukar hnset baru ~ (^-^)

  11. Syihab pada 03 Sep 2011

    suka function tap.. hehe.. canggih


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader