04Aug

Nokia N9 Di Malaysia Dalam Beberapa Minggu Lagi

Gajet

Salah satu peranti Nokia yang dinantikan ramai adalah Nokia N9 yang mana menggunakan sistem operasi MeeGo. Kini ianya diperkatakan yang mana Nokia N9 akan berada di Malaysia dalam masa beberapa minggu lagi, dan akan ditawarkan oleh salah satu syarikat telekomunikasi terkemuka negara.


Kamera Oleh Syefri Zulkefli

Harganya masih tidak diketahui lagi buat masa ini, namun ianya diperkatakan yang mana harga Nokia N9 akan lebih murah daripada apa yang diperkatakan sebelum ini ketika pelancarannya tempoh hari.

Melalui Nokia N9, ianya membawakan MeeGo 1.2 Harmattan, kamera 8-megapixel dengan optik Carl Zeiss, skrin sentuh AMOLED Seluas 3.9-inch, storan terbina dalam variasi 16GB dan 64GB, serta memori sebanyak 1024MB RAM.

Sebelum ini, ianya turut diperkatakan yang mana Nokia bakal mulakan jualan Nokia N9 bermula 19 Ogos kelak.


Siti Nurhaliza, Yes 4G dan iPad
BlackBerry AppWorld 3.0 Diperkenalkan Kepada Pengguna Beta Zone
Lenovo ThinkPad Tablet Pada September Atau Oktober Ini?
Samsung Melancarkan Tiga Peranti Keluarga Wave Dengan BadaOS 2.0
Research In Motion Menerima CEO Baru - Adakah BlackBerry Akan Kembali Popular?

17 Komen

  1. matt pada 04 Aug 2011

    smart jugak hp ni.

  2. Hyuuga pada 04 Aug 2011

    brape harga??
    2k ke?

    • Syukri Lajin pada 04 Aug 2011

      tak sampai kut. maybe dalam 1400-1700. range nokia n97 dulu. kalau dengan maxis/celcom/digi maybe 800-900.. andaian je kut.

  3. Mashi pada 04 Aug 2011

    cool smart…

  4. Syah pada 04 Aug 2011

    wah.. smart..

  5. Selina pada 04 Aug 2011

    wow, i still use my Nokia. They keep to improve better Nokia! XD

  6. sword pada 04 Aug 2011

    sujukkkkkkkk…..

  7. Twit N View pada 04 Aug 2011

    selamat bersaing yer nokia…

  8. Famili Ceria pada 04 Aug 2011

    memang puas hati lah kalau dapat enset nie…

  9. syed pada 04 Aug 2011

    Bole ke lawan android? Hehehe

  10. Mashi pada 04 Aug 2011

    Dari segi design mmg suka,tapi harap nokia mantapkan dari segi update perisian.Ni mcm lepas tangan je lepas jual benda ni

  11. obefiend pada 04 Aug 2011

    what a beauty.. tak sabar nak demo

  12. hahcore pada 04 Aug 2011

    ram 1 gig…agak besar tu..kompem leh buka bnyk apps skali

  13. syed pada 04 Aug 2011

    Tapi still x bleh lawan android.. Nokia tak jaga kebajikan pengguna… Tau nak jual hp baru jek.. Software dah la kureng…

  14. lepat pada 05 Aug 2011

    tak berapa minat sangat hp nokia ni.tapi agak smartlah designnya.

  15. Slmtberpuasa pada 08 Aug 2011

    salam.sape cakap nokia lepas tangan? ni mesti org tak penah ada hp nokia ni. ko boleh update firmware nokia anytime tether je cam iphone, atau pon update over the air(aku tak recommend sbb wireless ni tak reliable nanti terputus connection.). Lagi satu officer nokia dah cakap kat twitter “Nokia akan support Meego platform ni for YEARS. software nokia mmg byk, FREE pulak tu..tak payah nak crack…gi je kat ovi store, apps nak byk2 bukan kita guna pon. Yg slalu guna pon camera,internet,youtube dan socialnetworking software, yg mmg dah preinstalled dlm N9 dan Nseries yg sblm ni. kalau tak de bleh donload from ovi store for FREE.

    Aku akui zaman kegemilangan nokia dan dipotong oleh apple dan android di pasaran. Tu biasa la adat persaingan. Jap di atas jap di bawah. Nokia mmg dah ternyata 1)tahan lasak, 2)batteri tahan lama,mulitasking hp tak panas mcm android, 3)resale value yg tinggi, 4)best camera phone maker sbb menggunakan carl zeis optics.

  16. irwan pada 09 Sep 2011

    mmg btl..aku sokong tu.. user friendly, harga berpatutan & Multi function…
    sesuai utk user ala2x mcgyver mcm aku… x mcm handphone lain… skema..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader