05Aug

Nokia Sweden Memperlihatkan Nokia N9 Akan Dilancarkan Dalam 49 Hari Lagi

Gajet

Buat masa ini, Nokia Malaysia hanya mengatakan yang mana Nokia N9 bakal dilancarkan di Malaysia dalam masa beberapa minggu lagi bersama-sama dengan salah satu syarikat telekomunikasi tempatan. Namun begitu, menariknya, kini Nokia Sweden mengemaskini halaman mereka, memperlihatkan N9 akan dilancarkan pada 23 September kelak.

Walaubagaimanapun, angka tersebut berkemungkinan adalah hanya untuk pelancaran di Sweden sahaja dan bukannya diseluruh dunia. Melalui kemaskini baru pada laman rasmi Nokia N9 Sweden, ianya memperlihatkan sebuah kaunter, dimana menunjukkan terdapat lebih kurang 49 hari lagi sebelum ianya dilancarkan secara rasmi di sana.

Walaubagaimanapun, seperti diperkatakan pada awal artikel, ianya tidak diketahui bahawa ianya hanya melibatkan Sweden sahaja, ataupun seluruh dunia, termasuk Malaysia. Sebelum ini, semalam, Nokia telah mengadakan sebuah acara khas di Malaysia, memperlihatkan Nokia N9 kepada beberapa pihak, dan turut mengatakan yang mana harganya kelak akan kompetitif dan jauh lebih murah daripada apa yang diperkatakan ketika pelancarannya tempoh hari.


Aplikasi Rasmi Twitter Untuk iPhone Di Perkenalkan
Dapatkan Nasihat Pakar Untuk Peranti HTC Di Cubic Platforms
Celcom Bakal Menawarkan Galaxy Tab 10.1 Bermula RM99 Untuk 20 Pelanggan Bertuah?
CyanogenMod 7 Diperlihatkan Pada HP TouchPad
UMobile Menawarkan Galaxy S2 Dan Beberapa Peranti Lain Sempena Promosi Hari Malaysia

17 Komen

  1. wrizuan.net pada 05 Aug 2011

    ermmmm smartphones lain akan dpt saingan lagi..sbb di malaysia ramai lagi ortodox nokia hihihi..:)

  2. apistelo pada 05 Aug 2011

    adik beradik i-phone ni .. :D

  3. fikri91 pada 05 Aug 2011

    23 september??..
    lama lagi r…
    angkat android je r…

  4. ali mamak pada 05 Aug 2011

    harga kompem lawa gak la 2..

  5. captainLJ pada 05 Aug 2011

    os ni jgn jd lbh krg symbian dh la…
    kang xde geek nk beli…

  6. afm pada 05 Aug 2011

    sekali tengok aku ingatkan nokia negeri sembilan.N9 rupanya.:D

  7. syafi3 pada 05 Aug 2011

    hehe beyes

  8. asri pada 05 Aug 2011

    pergh…hadiah hari raya dr nokia ker??

  9. nash pada 05 Aug 2011

    nokia ni cuba nak bersaing semula stelah ketinggalan jauh

  10. DikMie pada 05 Aug 2011

    specs phone dah ok.. tapi OS tu yang buat aku sangsi patut ke beli.. worth it ke kalu ini satu2nya phone OS Meego.. mcm mana support lepas ni?

  11. Izzat Aziz pada 05 Aug 2011

    design phone tu cantek.. os tak tahu.

  12. myFirdaus pada 05 Aug 2011

    mantap. world of swipe r nampaknya. :)

  13. terawis pada 05 Aug 2011

    tak sabar menanti ketibaannya.. RM2009 katanya hehe..

  14. Fauzi Nor pada 05 Aug 2011

    Smart la handphone nie..
    Tapi Nokia tetap nokia kan.. huhu

  15. brobard pada 05 Aug 2011

    tgk je la.. huhu

  16. eza pada 06 Aug 2011

    nokia baru ke?huhu

  17. Alan pada 06 Aug 2011

    Iphone 5 yang bakal release nanti menjadi pujaan hati…

    Hehe…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader