Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti mana yang dinantikan, akhirnya pihak Noobie.my telah pun melancarkan perkhidmatan pengiklanan mereka hari ini, membolehkan semua pengguna mendaftar dan menggunakannya dengan mudah, hanya dengan menghubungkan akaun Facebook sahaja. Pengguna juga boleh terus menambah kod iklan pada blog mereka serta-merta bermula hari ini.

Sebagai permulaan, mereka telah pun menyediakan salah seorang pengiklan, dan daripada sistem mereka, ianya dilihat yang mana data dikumpulkan berdasarkan kepada klik dan juga penglihatan (impressions). Noobie menetapkan pembayaran minimum pada RM100 dan ianya akan diproses dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pembayaran diminta.
Buat masa ini, sistem Noobie memperlihatkan sistem berdasarkan mata ganjaran, dan menurut pihak Noobie, mereka akan mengubahnya kepada sistem wang tidak lama lagi, dan buat masa ini, ianya boleh diperkatakan dalam peringkat ujian beta lagi.
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
kumpul mata ganjaran le ni.
Semua buat duit.
fuyoo ada iklan baru.. boleh cuba ni hohoho
ni klau guna dgn nuffnang agak2 bleh hilang status Glitterati x?
Ya, kalau guna dengan Nuffnang, akan hilang Glitterati
we try to ensure that everything is running smoothly and there’s transparency in our system so bloggers using the system know what they are getting and from where.
Do allow us some time to ensure all is working smoothly and a press release will be released on our official launch date. Thanks for the support ya.
agak menarik ni. ada sesapa da pakai?
waaa. menarik .. pasti ada sesuatu yang lebih baru selepas ini
Boleh cuba.
Memerlukan pengiklan CPM yang bayar dengan kadar yang bagus di Malaysia…cpc…xde orang nak clicks…haha
anyway cute mascot
baru tengok noobie. apapun, mascot memang cute
aku nak usah jugak ni
Akan try dan support noobie nie