08Aug

OnApp Mengambil-Alih Penyedia Perisian CDN Tempatan – Aflexi

Lain-lain, Perisian

Aflexi, iaitu salah satu syarikat penyedia perkhidmatan perisian CDN untuk industri hosting, hari ini telah diambil-alih oleh OnApp, sekaligus menjadi sebahagian daripada keluarga OnApp. Walaubagaimanapun, harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

Aflexi yang beribu-pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, kini akan menjalankan pembangunan, jualan dan juga sokongan untuk produk-produk OnApp dirantau Asia Pasifik bermula hari ini. 12 orang pekerja Aflexi sedia ada juga turut sama akan menyertai pasukan OnApp.

OnApp merupakan salah satu syarikat yang membangunkan perisian untuk penyedia hosting, dan dimulakan pada Julai 2010. Dengan penyertaan Aflexi padanya, mungkin kita akan dapat melihat perkembangan yang sihat oleh OnApp dalam membangunkan aplikasi dan perisian untuk kegunaan syarikat dan industri hosting seluruh dunia.

Tips awal daripada Kamal


Yes Memudahkan Komunikasi Dengan YesID
RockMelt Kini Boleh Digunakan Oleh Semua
Laman Nuffnang Thailand Mula Beroperasi - Masih Belum Dilancarkan Secara Rasmi
Astro Melancarkan Perkhidmatan NJOI - TV Satelit Percuma Tanpa Bayaran Bulanan
Google Membayar Mozilla Lebih RM2.8 Billion Untuk Kerjasama Selama 3 Tahun

4 Komen

  1. Syafiq Zainal pada 08 Aug 2011

    Typo: Peisan pada Title. heee ^_^

  2. nizamghazi pada 08 Aug 2011

    Buat CDN x jadi2

  3. wazy pada 09 Aug 2011

    satu hari nanti nak guna juga cdn ni

    • alyrds pada 09 Aug 2011

      gunalah…tak rugi pun….. yek?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader