26Aug

Ovi Store Kini Dijana Menggunakan Nokia Drop

Gajet, Perisian

Hari ini, Nokia Beta Labs mengumumkan sesuatu yang menarik, dimana kini Ovi Store dijana sepenuhnya menggunakan Nokia Drop, sekaligus membawakan pengalaman dan penggunaan web yang lebih menarik untuk menghantar aplikasi, tema, nada dering, dan sebagainya terus ke telefon Nokia anda dengan mudah dan pantas.

Bagi yang tidak kenali akan Nokia Drop, melaluinya anda boleh menghantar aplikasi dan gambar ke telefon anda dengan mudah, menghantar sesuatu URL ke pelayar web peranti Nokia, menghantar pandangan petan, selain pada masa yang sama, menariknya, memasang aplikasi, wallpaper, tema, nada dering dan sebagainya terus melalui Ovi Store, tanpa sebarang penggunaan SMS, Bluetooth dan sebagainya.

Buat masa ini, fungsi ini hanya menyokong pelayar web Internet Explorer, Firefox dan juga Chrome sahaja, dan mungkin lebih banyak pelayar web dalam masa terdekat nanti.


Muat-Turun Skype Untuk Windows 4.0 Sekarang
Google Chrome 9 Mencapai Tahap Stabil
Firefox 8 Nightly Versi 64-Bit Sedia Diuji
Aplikasi Waktu Solat Untuk Android Kini Sedia Diuji
DiGi Kini Menawarkan Galaxy S2 Putih Pada Harga Serendah RM1199

2 Komen

  1. Mayang Abadi pada 26 Aug 2011

    saya dah mencuba Nokia drop, menarik. hehe. i like nokia.

  2. muhian pada 27 Aug 2011

    macam menarik nak cuba la.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader