17Aug

P1 Kini Mempunyai Lebih Daripada 338,000 Orang Pelanggan

Telekomunikasi

Semua semestinya telah ketahui yang mana P1 mensasarkan untuk mencapai sebanyak 450,000 orang pelanggan pada penghujung tahun ini, dan kini melalui data terbaru yang dikeluarkan oleh mereka, ianya memperlihatkan yang mana sehingga penghujung Jun yang lepas, P1 telah mempunyai sebanyak 338,000 orang pelanggan.

Secara kasarnya, ianya memperlihatkan yang mana P1 telah menambah seramai lebih daripada 64,000 orang pengguna pada pertengahan tahun pertama tahun 2011 ini. Selain angka pengguna, P1 turut sama mensasarkan untuk memperluaskan liputan di Semenanjung Malaysia kepada 55% ataupun secara kasarnya lebih 1600 pusat P1. Buat masa ini, mereka mempunyai sebanyak 1083 pusat di Semenanjung Malaysia.

Pada masa yang sama, P1 juga kini dalam perbincangan bersama-sama dengan Telekom Malaysia untuk menggunakan rangkaian jalur-lebar berkelajuan tinggi (HSBB) daripada TM, dan mungkin akan mendapat keputusan positif sebelum berakhirnya tahun ini. Selain itu, mereka juga turut mensasarkan untuk mendapatkan spektrum 2.5GHz/2.6GHz kepada tambahan daripada spektrum 2.3GHz sedia ada.


P1 Akan Memperlihatkan Laptop WiMAX Dari Taiwan?
Yes 4G Di Lancarkan Secara Rasminya
Tambah Nilai Akaun Yes Di Lebih 11,800 Terminal E-Pay
Penyedia Internet Turut Menyekat Alamat IP Selain Daripada DNS?
Celcom Menawarkan LG Optimus Pad Pada Harga Serendah RM1668

14 Komen

  1. Hyuuga pada 17 Aug 2011

    ade kemajuan ke p1 ni??
    dlu kt umah aku haram kejadah p1 punye speed..

  2. Mayang Abadi pada 17 Aug 2011

    tengok kawasan kot, member aku guna ok ja.

  3. Jyundoo pada 17 Aug 2011

    tempat aku, P1 still xberapa best jgk

  4. baim pada 17 Aug 2011

    setakat ni aku pakai kat klang, pekan dan kota bharu ok lagi

  5. rizuani pada 17 Aug 2011

    setakat ni bill aku dah nak masuk RM4K pasal connection paling teruk compare dgn internet kat mana2 paling teruk…aku memang PANGKAH P1 penipu besar…

    check la kat sini –> http://www.facebook.com/group.php?gid=159121421506 ( aku create ni lama dah)

    Paan Gee: P1 Wimax getting better everyday even i dont have to click the website that i want to open..i just have to say n tell to my pc the name of the website then it will open the website automatically.. this is the fastest internet connection ever.. THIS IS THE WORST PRODUCT N THE SLOWEST INTERNET CONNECTION EVER!!!!!!!!!!!!!!! bayar mahal!!!!!
    Sunday at 1:43am · Like · (ni la latest comment)

  6. Kamil ace pada 17 Aug 2011

    sekadar memuaskan je speed P1 ni..

  7. wanzs pada 18 Aug 2011

    Aku pakai P1 wimax sebab terpaksa. Streamyx tak leh pasang rumah dengan pelbagai alasan diberi TM. Berukband lagi berganda truk. Unifi takde.

    Kenapa laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa masih ada pakai quota lagi. Kelajuan dah la sengal. Tak macam mula2 dulu. Sakit hati. Sabow jela

  8. yapompiow pada 18 Aug 2011

    Sorry, there’s no P1 WIMAX coverage in the area of search. LOL!

  9. Syah Indra pada 18 Aug 2011

    Kelajuan P1 tu bergantung pada lokasi jugak kot. Aku langgan P1 Wimax yang plan modem lama tu (langgan 2 tahun lepas), setakat ni memang memuaskan. Aku guna kat KL (Pantai Dalam), Seri Kembangan (Lestari Putra), Kubang Kerian (Kelantan) & Kuala Terengganu. Kadang-kadang memang dia kata signal rendah tapi connection speed masih laju bagi aku buat kerja-kerja harian.

    Data cap 20GB untuk home plan. Memang berbaloi sebab ada sesetengah plan broadband dari provider lain yang offer data cap yang lebih rendah. Data cap ni wujud kat tempat lain jugak. Tak silap aku, USA punya broadband service tawarkan data cap yang jauh lebih rendah. Tolong betulkan aku kalau tersilap.

    Aku rasa perlu ada data cap supaya connection internet lebih stabil. Yela kalau semua orang pakat guna data tanpa had, memang jadi sesak sikit. Bayangkan berjuta orang duk download 24jam. Kesian la kat pengguna yang just guna Internet untuk Facebook dan Twitter haha..

  10. mohd azizul pada 18 Aug 2011

    aq lama da pakai P1…. makin lama makin sedih…. hahaha

  11. Omar pada 18 Aug 2011

    P1 setakat ni merupakan ISP terbaik la yg pernah aku guna.

    Lokasi yg selalu aku guna: Ampang, Shah Alam, Rawang, Seremban, Balik Pulau, Melaka, Segamat.

  12. AMR pada 18 Aug 2011

    em, bila la P1 ni nak sampai sarawak…

  13. Is Levis pada 18 Aug 2011

    setakat ni guna streamyx la dulu. stakat slow tu biasalah hehehe. kekadang rasa lagi baik guna dial up

  14. aeyie® pada 19 Aug 2011

    + P1? very bad performance.. n support..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader