03Aug

Panggilan Daripada GMail Kini Lebih Murah Dari Sebelumnya

Google

Seperti semua tahu, GMail telah menyokong fungsi panggilan suara untuk suatu masa yang lama, melalui integrasi Google Voice yang dibawakan padanya. Namun begitu, penggunaannya agak kurang, mungkin kerana caj panggilan. Namun, kini ianya berubah apabila Google kini menawarkan harga yang lebih murah berbanding sebelumnya.

Bermula hari ini, GMail memperkenalkan fungsi panggilan suara ke sebarang talian tetap atau talian mudah-alih seluruh dunia dengan murah dan senang. Harga yang ditawarkan juga amat kompetitif berbanding penyedia talian telekomunikasi tempatan sedia ada, dimana panggilan ke sebarang talian tetap di Malaysia dikenakan caj sebanyak RM0.06 seminit, manakala panggilan ke talian mudah-alih di Malaysia dikenakan caj sebanyak RM0.12 seminit.

Selain Malaysia, para pengguna juga boleh menikmati panggilan yang murah ke pelbagai lokasi lain diseluruh dunia terus melalui aplikasi web GMail anda.


Google Memperkenalkan Toolbar 6 Beta Untuk IE
Chrome Bakal Di Datangkan Bersama Pemain Media
Chrome OS Makin Interaktif dan Menarik
Google Memperkemaskini Fungsi Carian Imej Mereka
Lebih 3.7 Juta Peranti Android Diaktifkan Pada 24 Dan 25 Disember Lepas

9 Komen

  1. Mejuez pada 03 Aug 2011

    Terbaik lah.. kalau macam ni skype ada saingan ngan google lah ni.. ehehe

  2. kyo_9 pada 03 Aug 2011

    adoi..
    ak baru jer beli kredit Skype..

  3. Zul's Stuff pada 03 Aug 2011

    wah2…makin hebat google ni…

  4. din je pada 03 Aug 2011

    hav a fight wit skype

  5. shahrul pada 03 Aug 2011

    aku gune ym je :D

  6. Cik Ladies pada 03 Aug 2011

    Uitt,memang muroh laa kan.. haha :D

  7. abrar pada 03 Aug 2011

    memang terbaik la dia punya harga

  8. abdjabbarahamid pada 03 Aug 2011

    wah! menarik-menarik! teruskan memotong harga. harap-harap adalah syarikat telco yang “terasa” untuk potong juga.

  9. jaypah89 pada 03 Aug 2011

    huiyo, murah tu!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader